Pages

Saturday 14 December 2013

ONE STEP CLOSER

It's a big day. A starting for our journey. A story about me and you. just US. no one else. 
ALHAMDULILLAH. ALLAH IS GREAT, ALLAH IS THE BEST PLANNER.
thank you. for giving me this serious relationship. 
mungkin, kita banyak bezanya. 7 tahun beza umur bukan lagi pengahalang.
TERIMA KASIH menerima saya seadanya.
This, just one step closer. close to our Big Day. Our Relationship.
thanks for all. for him, Mohd Zuki & all his family :')
a big hug for my big family too!
I will being his officially fiancee soon! ALHAMDULILLAH. 
Allah ease everything we have plan :)
semoga kita kuat untuk tempuhi satu lagi fasa sebelum kita jadi yg halal.
saya tahu,awak yang terbaik untuk saya :)
INSYAALLAH. 
pray the best for us
for our journey
for our next step 
thanks
bye
<3
p/s : counting days :')





Saturday 9 November 2013

Vacation with ♥

Assalamualaikum! hello November :')
wah wah wah~ memang berjanggutlah blog aku. sepi tanpa kata-kata! sebab apa? jangan salahkan aku--salahkan line celcom di rumah yg agak POOP sikit. -,-

oh hello! permulaan November dengan begitu baikkkk! yelaaa. start hujung October je dah cuti oiii! sapa tak suka cuti oiii! tetambah ada org jauh bertandang ke Terengganu! yeay! *speechless*

DAY 1, 2 November, sabtu --
he safely arrive at Terengganu Darul Iman around 3pm macam tu la. risau gilosss dia drive sensorang dari Kulim--Gerik--Kelantan--Terengganu. jauh oii! beratus KM~ tapi lega..walaupun sesat jugaklah hihi. too excited. almaklumlah, memang dok harap lama dah juking datang sini. tengok2 tempat aku study ni :)
First place-- mestilah Masjid Kristal! so so and so beautiful Mosque in the world. bangga aku! hihiks :D
Gemuks Gedempolsssss I olssss~ huh

With true love BFF since school, AIN GHAFAR. tq for coming baby! :*

ME & JUKING :) moga Allah permudahkan kita untuk bina Masjid suatu hari nanti :)
sebabkan lama tak jumpa *hikhok* harini macam "OMG OMG aku nak bawak p mana ni.nak date kat mana ni. nak cakap apa ni. nak ajak p makan apa ni. nak pakai apa ni jumpa" HAHAHAHAHA. gila kauuuu-- juking kite kot hihiks. :B
petang lepas dari masjid kristal, solat asar dekat masjid yg cantik dan sejuk tu, terus ajak dia g pantai. Al maklumlah, juking dengan pantai memang ada chemistry, org yg sukakan freedom katakan. he was too in love with the beach more than he loves me!!! :O :O :O
lepak-lepak, sambil tengok org surfing, betul tah surfing? HAHA. hentam sajalah. alaaa yg naik papan main dekat ombak tu hah. yg tu lerrr -,- kome g google sendiri haha ye?

senget-benget tudungnya! tepi pantai. angin. ada aku kesah? hihi


thanks syg for this pic :') 
DAY 2, 3 November, Ahad--



bawak juking ke pasar payang--makan nasi dagang! sedap! juking suka :) alhamdulillah. tapi aku mesti akan sesat kalau naik pasar payang tingkat atas untuk cari jalan ke kedai makan tu-- kenapa tah? grrrrrrrrr. sesat pun takpa. boleh main tunjuk-tunjuk..ada sampin cantik..ada kain pasang lawa.. hihiks. main tunjuk-tunjuk jeee mampu. HAHAHAHAA. beli nye tidokkkk. malas aku nak beli. hihi.
disebabkan tak tahu nak kemana dah, Terengganu takde la besaq mana pun, aku pun bawak la juking ke Rantau Abang--Dungun--Kemaman--

* driver tour guide :3 *

hello rantau abang :') 

with love ♥



gemok -- mok -- mok







weeeeeeeeeeeeeeeee :D

* perut juking ada baby hiks*

juking peace omey.. :* otw balik kuala terengganu :)
DAY 3, 4 November, Isnin --

after 3 days & 2 night juking dekat sini, today is the last day! huwaaaaaa! beratnya hati :( hmmmmm.
around 10am, juking datang jemput aku depan rumah untuk breakfast & have a last date before dia balik sana! tapi aku bebaiiiii sebabbbbb Ya Allah dia sesat lagi!!! masam muka aku toksah dok kata. dah la sedih dia nak balik dah :(
masuk ja dalam keta-- *juking senyum-senyum* apa menda la mamat ni senyum kambing ni. takut aku marah sebab sesat cari rumah aku ka :O ye aaaa 3 hari duduk terengganu, deret sesat oi cari jalan umah aku tak jumpa -,- sakitnya hati!aku pun bebel-bebel macam makcik2 tu haaa. sebab dok ligan timing dia nak balik after zohor!
*aku pakai seatbelt* dalam hati "eh,bunga belakang seat dia? erm. buat2 tak nampak lah :3 " HAHAHAHAHAAHHAA. masa tu laaaa senyum kambing juking bertambah2. dedua lawan gelak. aku lagi la merah padam muka HAHAHAAHAHAHA. yeayyyy! firstime in my life, dapat sejambak bunga. lalalalala~ hihiks *blushingg*
3 red roses. ouch! 
too meaningfull! thank you my other half :') 3 kuntum bunga ros merah yg segar dari taman. cewah! haha. bukan senang juking nak romantik oii! sumpah ni firstime aku rasa juking romantik. HAHAHAHA. btw, im too happy :) 
excited deknonnn dapat mungeeee~ wiwiwiwiwiwi



dear love, thank you for 3 days 2 night yg awak spent together with me. walau apa pun yang berlaku, ada hikmahnya! Alhamdulillah, saya takde la menyesal tunggu awak and sayangkan awak sampai harini even baru harini blushing dapat rasa romantik awak yg tak pernah disangka-sangka. wiwiwiwiwi. 
thank you mohd zuki ♥

i will take care our relationship until the day! Insyaallah. doakan semua. Moga Allah permudahkan. Amin,
WASSALAM :')




Sunday 25 August 2013

2 Years Journey

2 tahun? fuhhh. rasa macam dah lama. tapi baru dua tahun. hmmmm. ada apa eh dengan 2 tahun?
2 tahun lepas lah aku kenal dia. nama dia. orangnya. mata merahnya. janggutnya. pipi nya. rambut yang tak seberapa nak adanya. hati budinya. kasih sayangnya. jujur. aku tak dapat kasih sayang dia pada mula kami kenal. kenapa? itu kan hati manusia. mula-mula kenal mana boleh jatuh sayang terus. depends on org lah. lain org lain cara nya :) 

mungkin ada yg sinis cakap "eleh baru 2 tahun dah kecohhh" takpa. aku lalui banyak pengalaman sepanjang 2 tahun aku kawan. dulu aku pernah kecewa sebab 4 tahun aku bertahan dengan yg lama. tapi,dah nama bukan jodoh. Allah dah tulis bukan jodoh aku dan dia tu. jadi takdak lah. sebab tu aku mulakan pulak dengan 2 tahun ni, moga boleh lebih yang lama. ada..ada sebelum dia ni, tapi tak kekal. bukan apa, tak serasi mungkin? ada yg kawan sebab tak ikhlas. buat apa? aku nak cari bakal suami. bukan teman berjoli. mungkin aku cuma boleh cakap, aku dah jumpa. tapi, Allah yg akan tentukan macamana nanti. aku cuma berharap yg terbaik di akhir hubungan kami. Amin. In Shaa Allah! 

banyak jugak air mata ni keluar rasanya sepanjang 2 tahun. ahhh! pedulikan! ini lah dinamakan pengalaman. pengalaman yg akan mengajar kita ke hadapan. pengalaman yg akan buat kita jatuh dan bangkit. tak semestinya menangis tu sedih. ye daaak? ada jugak aku menangis sebab terharu, kecewa, sedih, pedih, seghonok, bahagia. macam-macam rasa lah. haha. and tak terucap terima kasih rasanya pada dia sebab dia dah ajar aku macam-macam selama kami berkawan. ajar jadi orang lah. hahahhaha. thanks.

awak, thanks sebab sabar layan kerenah sy yg ntah papa ntah :3

oh buat apa di cerita, bahagia kita rasa :')

mari gemok bersama-sama. haha. 

walau awak jauh, sy tetap ada untuk awak

thanks, for being my love. till today :)

selamat ulangtahun perkenalan kita awak. 2 years. 2011-2013.
moga kita bahagia senantiasa. sayang awak :)

nhmj_mzms


Sunday 18 August 2013

ambil angin~


pada hari sabtu yang lepas, una dan zuki tak merancang dengan sempurna pun untuk bertemu.
zuki pulang ke kampungnya di Napoh untuk menghadiri kenduri, kebetulan hari yang sama, una pun keluar untuk beraya ke rumah rakan baiknya. malang sekali rakan baiknya tiada di rumah---sedih sangat--

mau tak mau, keluar pun sudah. lepak sorang-sorang lah jawapnya. tetiba zuki ajak join dia g kenduri dekat kg paya nongmi kenduri kawan sekolah dia kawen. una dengan jeansnya dengan t-shirt belang2nya, dengan beg silangnya, buat muka kering ikut p makan kenduri. malu toksah dok cerita aaaa. pompuan pi kenduri pakai jeans. nak mati? HAHAHAHAHA. k lupakan. maaf, terdesak! -,-

lepas je kenduri tu, lepak2 makan tembikai & sarsi, terus pecut pi tasik. zuki belikan magnum & cornetto. sorang serba dua aiskrim. tudia. senak perut aku tengok aiskrim bebanyak. mau tak mau aku ngadap je la sekerim tu sambil nikmati angin sepoi-sepoi tak berbahasa sangat dekat tepi tasik darul aman tu. ramai ghupenyeee g date kat tasik petang2 nooh. peluk-peluk sakan, pegang tangan erat-erat duduk rapat-rapat. aku macam tengok senyum-senyum je la. aku? duduk bawah pokok kelapa jeee sambil makan sekerim tak kisah dah org sebelah. HAHAHA. 

kasut buruk penambah cerita hahahahaha
MAGNUM ALMONDDDDDDD. YUMMEHHHH!
sedap jugak la sekerim tuuu. tapi kalau makan dua batang memang aaaa muak! aku lepas tu sumbat pulak cornetto blackforest, zuki laaaa beli. makan saja lah labuuuu-- kita kena ikut ah perut org yg belanja tu muahahahahaha. btw thankssss <3


tetiba macam cantik pulak tasik ni kan kan. :3 snap by him :")

meowwwwwww una belang-belang 
say HAAAAAAAAAAAI for both of us. :D
zuki kata dah macam dekat pulau tioman dah -_-'"
dear sweetheart, thank for yesterday even date paling menjimatkan sbb makan nasik kenduri & sekerim ja. tapi AKU BAHAGIA SAYANG! tq :)
APA MOTIF KASUT AKU NI? :O

K BAI

Wednesday 14 August 2013

AIDILFITRI ❤

salam aidilfitri. golek-golek makan ini makan itu, raya sana raya sini, eh dah dekat seminggu kita dalam bulan syawal. baru kalut nak hadap blog yg tak terupdate. first of all, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ya :) if ada salah silap or terkasar bahasa, harap dimaafkan. tak sempat pun nak jenguk rumah semua kengkawan. huwaaaaaaaaaa T.T

raya first sampai ketiga memang beraya sakan lah dekat kampung mama & abah dekat pokok sena & sik. nasib la dedua duduk kedah ja. so pagi raya lepas sembahyang raya baru bertolak balik :) yg paling seghonok raya tahun ni pakat berpepel ja semuaaa :O oh tidak! tak plan pun, aduyyyy.



first day raya di rumahhhh with ayeh mok mokk
okay this one gambar raya family belah abah dekat pokok sena. banyak yang takdak ni sebab ada tak balik,ada raya belah mentua,and yg snapkan pic ni adik aku yg izzul tu :)



nampak tak budak belakang angkat peace yg gemuk tu? aku lah tu -,-

raya kedua di sik,kedah. theme blueblack :)

with my only one sister. selalu org cakap dia adik aku. muka aku nampak tua ka? :O

this one baru betul adik aku. yg ni memang aku nampak muka tua. macam mak budak. kahkah :p
raya kedua beraya sakan belah mama dekat sik sampai la ke sungai petani. lenguh pinggang kot. 6 buah rumah kami terjah. memang tiap tahun mama selalu pi. rumah adik beradik belah sana. syoq jugak dapat kenal orang2 lama. raya ketiga baru siap2 nak balik sintok :)

dah raya ketiga, moh kite pulang ke rumah ya! bercoklat pulak di raya ketiga :)


and Alhamdulillah, raya keempat baru dapat merasa nak beraya dengan kawan2 dekat changlun & alor setar. tapi pagi sebelum keluar raya tu, ada masak bihun sup sikit sebab ada orang nak bertandang ke rumah. and ALHAMDULILLAH. family dia 2 biji kereta datang rumah. seronok sebab dapat kenalkan parents dia dengan parents aku :') semuanya baik2 saja. and seronok tengok dia makan masakan yang aku masak. ahhhh firstime masak untuk en zuki & for my future family & future mak abah mentua nanti. Alhamdulillah jugak lah zuki cakap sedap hihi. and parents dia pun suka bila dapat jumpa aku & mama abah. thanks ya allah. moga semuanya baik-baik saja. In shaa Allah.


taraaaa . green day. cewah! 

una-hana-nad. kawan sekolah rendah niiii :D

bff forever ever ni lah yang bawakkan kite jenjalan raya. thankss nad cantik :* lebiu moreeee

sempat jugak jumpa sat & bersushi sebab esok dia dah balik kulim :')

okay last! selamat hari raya from me & him :')