Pages

Wednesday 25 November 2015

38 weeks pregnant

hello. assalamualaikum!

hewhew. terrajin nk hapdate blog at 3 am in the morning sbb lately sesejak dah nak dekat due ni, memang xboleh tido. huwaaaaaaaaaaa. macam2 penyakit lah dapat!
1) penyakit kulit gatal sampai tido pun boleh terjaga. seksa sangat2! habis kulit kaki n paha jadi polkadot huwaaaaaaaaa.
2) macam biasa baby always mengeras.kanan xkena. kiri xkena. melentang pun salah. huwaaaaaa. mama nak tidoooooooo T.T
3) penyakit rindu dekat suami. ni paling teruk. sbb now dah balik get ready duduk umah mama sampai due sbb juki kan kerja. takut tinggal kat umah sorang2 kat susah, huhu terpaksa la berjauhan! dah almost 2weeks xjumpa. huuuuuuuuuuuuuu. see you this weekend! cepatlah jumaat :(

so far Alhamdulillah. baby makin demok macam mama dia. heyyy kita dah macam gorilla tahu? 38 weeks, almost 20kg lemak2 sebati dalam diri. tapi xsedih pun sbb pikir, perempuan yg preggy mmg akan bertambah berat, ye la, bawak baby dah 3kg, susu yg bakal dikeluarkan, uri, air ketuban. haaaaaaaaaa. insyaAllah lepas bersalin kita makan la jamu pastu bengkung macam kerengga hiks.

last scan senin baru ni, Alhamdulillah, my little baby dah 2.9kg, wuuuuuuuuuu . doc scan, okay lah. baby dah pun engaged hehe. means kepala dah masuk laluan. tggu hari je. patut la mama kalau berdiri wuuuuu sakit ooooo kat celah kangkang. takpe lah demimu anak! yang paling seghonok, HB ku naik dengan bahagia! YA ALLAH. rasa macam nak shuffle kat klinik. dah la sorang2. kakakaka. sebelum ni nurse asyik ambik daraaaaaaaaah je asyik cakap aku anemia la apa lah. lepas telan iberet + pati delima gulsan + VCO + minum horlics, fuh! naik! dari 10.9 ke 11.8. waalaaa. tp yg tak syok is kencing kuturrr. T_T hurmmmm. kena la hadap antibiotik tu sampai habis, sobs!

hari-hari mama doa, awak keluar dengan cepat. hehe. dah boleh dah ni keluar. 38 minggu dah. buat apa golek lelama dalam peyut tu, kat luar laaaaaaaaagi luas boleh golek. meh golek sesama gn mama n babah. hohoho. moga Allah permudahkan urusan kita ye sayang? keluar baik2. mama tak sabar nak jumpa anak mama n babah ni.

buat yg mengenali diri ini, mohon ampun & maaf andai ada salah n silap or buat diri terasa hati or berdendam, huhu. doakan moga dipermudahkan urusan, selamat semuanya. InsyaAllah. btw, baby AA is a girl. Alhamdulillah. girl jugak cucu kedua mama abah :) syukur, Allah tarik seorang puteri mama, Allah bg 2 org puteri pengganti buat kami semua. kak emy, i miss you. Alfatihah.

thats all from me, last hapdate bfore pop out! hihi. maybe dah beranak nanti kita hapdate lagi ye. insyaAllah. thanks for reading. assalamualaikum :)