Pages

Friday 6 March 2015

selamat tidur adikku.

 19 februari 2015,khamis.

hati berat yang amat untuk pulang ke Terengganu. serba salah. ahad dah start class. di Kedah, kakemy masih di wad KMC hari ke 16. keluar masuk ICU. malam tu. aku peluk dia sebelum aku balik rumah. plannya awal2 pagi esok dah ke SP untuk balik terengganu sekali dengan fiqa. masa aku peluk dia, mata dia pejam rapat. dia sedar. tapi, dia takda kekuatan untuk buka mata. dia pejam sambil duduk. bantal diatas riba. dia tidur atas bantal diriba dia. aku bisik dekat telinga dia "kakemy, kakuna nak balik terengganu esok. hmm. kakuna balik sat ja. nanti kakuna balik sini balik." zuki betul2 belakang aku. tiba2 aku sebak. aku peluk dia... aku cakap lagi, "kakemy, kakemy kena kuat tau, kakuna sayang sangat2 kakemy. kakemy bertahan ya. kakuna nak kakemy sembuh. kakuna tau kakemy kuat. nanti, bila kakemy dah sihat, kakemy wassap kakuna ya. kakemy bgtaw kakemy dah sihat." air mata aku jatuh laju. aku menangis sambil peluk dia. aku dengar nafas dia laju. laju mengalahkan orang sudah berlari. laju yang buat kita sendiri penat dengar. dia mengangguk tanda dengar apa yang aku cakap.
sesudah tu, aku lepaskan pelukan dia, and aku lari masuk toilet sebelah katil dia, aku menangis sepuas2nya. aku takut YA ALLAH. aku takut kehilangan dia. aku keluar lepas aku rasa aku tenang sikit. and zuki pandang aku tanda tak setuju aku menangis depan kakemy, tapi apa boleh buat. aku sedih tengok adik kandung aku sendiri dalam keadaan macamtu.

20 februari 2015,jumaat.

awal aku bangun. siap2 untuk balik ke terengganu, kakak tumpang sekali nak balik rumah dia di Kulim. dalam puku; 7.30pg, aku bertolak ke rumah zuki, ambil dia and aku singgah dekat hospital lagi. hantarkan baju mama abah and nasik lemak yg aku beli utk depa. sampai2 bilik kakemy, aku nampak mama menangis. aku nampak abah depan kakemy, dia pejam mata lagi. sambil sandar dekat katil yang dinaikkan. abah suap dia makan bubur. tapi dia tplak tangan abah. mama kata kkemy xmau makan langsung. aku sedih. mama sedih sbb tengok kakemy makin susut. abah suap kakemy jugak. aku cuma tengok dr hujung katil. hmmm. sedih. aku mesej zuki, cakap aku lambat sikit, kakemy xmau makan. aku nak cuba pujuk dia makan dulu. zuki cakap OK. aku p tepi dia, aku cakap. "kakemy, makan la sikit. kesian mama n abah. kakemy kena makan, bagi kuat sikit badan kakemy dah xdak tenaga dah tu"  aku sebak. kakemy buat taktahu. mungkin dia xlarat. sbb tidur dia mmg xstabil. malam2 dia tak tidur sebab penat. oksigen ada 2 dekat hidung n mulut dia untuk bantu pernafasan dia.
aku tengok jam. hampir 9 pagi. aku kena bertolak dah, sebab janji dengan fiqa pukul 11.00 pagi nak bertolak. sekali lagi aku peluk n cium dahi kakemy. basah. peluh sbb ubat. tapi bagi aku wangi. aku tak tau, yang itu adalah cium n peluk terakhir aku pada dia. aku tak tahu. kalau tuhan bagi aku tahu semua yang bakal berlaku, wallahi, satu saat pun aku xkan tinggalkan dia. aku mintak izin mama abh untuk bertolak p sp.
sampai sp dalam pukul 10. aku sembang dengan zuki, tiba2 aku cakap, "saya rasa saya xnak balik. jom kita patah balik. rasa sedih nak tinggal kakemy dalam keadaan macamtu. hmmmm". zuki bantah. dia suruh aku go on study dulu. dia kata insyaAllah kakemy akan okay. aku pasrah. hmmm. aku bertolak ke terengganu dalam pukul 12 tengahari.dlm kereta fiqa, aku menangis perlahan. aku sebak. rasa hati aku meronta. tapi aku fikirkan keadaan yg memaksa. and aku fikir tak lama lagi aku akan balik jugak untuk cuti kawen. and aku redha.,,

21 februari 2015,sabtu.

handphone aku bunyi. aku terjaga. mama call. hati dah tak sedap langsung. aku angkat. mama cakap, "kakuna boleh tangguh semester x? abah suruh kakuna balik dulu. kkemy dah nampak lain. pagi ni dia mintak mama tido dengan dia, sebelah dia atas katil tepi dia. dia mintak maaf dekat mama, mintak mama halalkan makan minum dia, and dia cakap dia sayang mama sangat2" aku terbangun. aku tenang lagi. hmmm. aku terfikir macamana aku nak balik. tangguh sem tu lantaklah. aku lagi okay. aku pun cakap " ok lah satgi kakuna try cari tiket bas or flight tapi rasanya flight ja ada ma. bas mana ada. org balik cuti raya cina. " aku terus mandi siap2 lepas aku check on9 tiket flight ke KLIA2 ada. pukul 4.30pm, RM215.00 . aku pikir takpalah. dari aku tak sempat kalau jadi apa2 dekat adik aku. aku pun beli dekat kaunter. melayang RM250 jugaklah. huhu. lepas beli aku ajak fiqa beli penyapu semua dekat kedai RM2 sbb rumah sewa aku rumah baru kami, so banyak benda xdak. time beratur nak bayar barang yang kami beli, tiba2 phone bunyi lagi. oh mama. aku angkat and tanya," napa mama.. kakuna dah beli tiket dah ptg ni." tiba2 mama balas, "kakuna....kakemy dah takdak dah... kakuna sabar ya..." aku rasa macam kena tampar. aku nampak bayangan muka kkemy pagi kemarin yang takmau makan tu. aku nampak masa aku peluk dia sambil aku cakap aku sayang kakemy tu. aku baling semua barang dekat tangan aku pada fiqa. aku menangis semahu2nya dekat depan kedai tu. terduduk. ah, lantaklah apa orang nak kata. aku tersentak. YA ALLAH. baru semalam aku risaukan aku akan kehilangan dia, baru semalam YA ALLAH. dan harini, kau jemput dia selepas 17 tahun kau pinjamkan dia pada kami. 5 tahun dia fight for her cancer. aku masuk kereta fiqa aku menjerit semahu2nya. YA ALLAH. aku tahu. aku takkan sempat untuk tatap muka dia buat kali terakhir. ALLAHU. beratnya YA ALLAH. lagi 3 minggu majlis perkahwinan aku. kakemy tinggalkan aku buat selama-lamanya, mengahadap pencipta kita.aku bukak conversation wassap dr kakemy seminggu lepas masa dia mula2 masuk KMC and masih kuat boleh cakap & bangun. "na.rempeyek habisss", "na.beli teh siam tu.lapaq" , "na, cepatla nak ayaq milo." , and my last conversation, she said "xpala kalau kkemy xbleh keluaq lg waktu kenduri nnti, nak wat cena. harini betul2 lemah sgt2.ingat dah nak mati." aku balas, "takbaik la cakap macamtu, xlagi. Allah kan bg kkemy kuat. lawan sakit tu, untuk kami semua". dia balas "yala tauu. nak sangat sihat kumpul ramai2 makan nasik ramai2.masak steamboat. kkemy syg semua org.kkemy rasa terhutang budi kat semua org. tiap hari mai jauh semata nak tgok kakemy :'( " air mata aku jatuh. aku rasa rindu nak tidoq dalam bilik dgn dia. dia balas lagi, " nak kenduri ni. xmau sedih2 kena ceria." aku balas, "cancel kenduri boleh? " kkemy marah. "haishhh kenapa pulakk. tu goodies kkemy buat penat2 oooo" aku menangis sebak. YA ALLAH. aku rindu kakemy. :'(





AL FATIHAH, esok, cukup 2 minggu kakemy takdak. minggu depan cukup 3 minggu, minggu depan jugaklah aku bakal bergelar isteri. Allah gantikan kehilangan adikku dengan bakal suamiku. insyaAllah.
Noraimi Nadiah Mohd Jamal. tidurlah sayang. moga tidurmu lena di sana, tanpa menanggung derita ketika kkemy didunia ini. moga kita jumpa di syurga Allah nanti. insyaAllah. kita bakal bertemu. kakuna bakal menyusul, entah harini entah esok. selamat malam sayang. moga lenamu indah.
Assalamualaikum.