Pages

Monday 8 July 2013

pray for her :')

ASSALAMUALAIKUM


can you pray for her? 
because......
SHE's MY LITTLE SISTER!
mungkin dia tak sekuat and tak sesihat kita untuk terus berdoa bagi diri dia, tapi dia ada kami sefamily untuk terus support bagi dia kekuatan.
today, dia masuk hospital lagi. tahap kesihatan dia semakin teruk.
dulu, dia sihat sangat! terlalu sihat. kami senang and happy tengok dia dulu berbanding hari ini. ALLAH takkan uji hamba-NYA yg lemah.
tahun ni, cukup 2 tahun dia menderita lymphoma cancer. 
ya, she in a last stage cancer. 4th stage. 16 cycle kimo dah dibuat. tapi nothing.
ALLAH sekali lagi uji,batuk dia makin teruk. bila dia berjalan, dia cepat penat,semput, padahal ke tandas pun dia semput.
bila dia tidur,aku di sebelah dengar bunyi nafas dia.laju sangat..
dah lama dia solat duduk. berat badan dia dari 50++ kg turun mendadak. now berat dia 40kg. nampak sangat beza dari adik aku yg aku kenal dulu.
dulu kalau isi dia kejap, boleh panggil gemok2, sekarang, tinggal tulang.
MAMA & ABAH tak penah stop carikan penawar untuk dia lepas 16cycle kimoterapi gagal. dah ulang alik ke Ampang, ambil stem cell. tapi keadaan dia sat saja nampak okay.
abah cuba berubat kampung, kesana kemari abah bawak dia, buat air tawar, mengurut, makan ubat-ubat kampung. Mama jugak non-stop belikan dia macam2 jenis minuman penghapus cell cancer. dari segala B17, apricot, durian belanda, belalai gajah.. 
malam-malam, abah tak senang lena. dia pasti terjaga bila dia batuk2 tak henti2. abah bacakan ayat-ayat al-quran tepi telinga dia, abah urut-urutkan dia. abah letak player bg surah-surah tu dialunkan sampai ke pagi, moga dia lena.
Today, she enter hospital again. kali ke berapa memang aku tak ingat, tapi banyak kali. kali ni mama abah tekad bawak jugak p HSB sebab dia dah asyik penat. DR bawak masuk dalam bilik kecemasan, dalam zon kuning. DR cucuk cari urat tangan dia. banyak kali cucuk urat still x jumpa sebab urat dia mengecut. dia nangis sebab sakit. DR ambik darah dia, sebab nak check macamana keadaan dia, buat x-ray dekat paru-paru dia sebab dia selalu batuk. terkejut bila abah tengok full kedua belah paru-paru dia penuh dengan ketumbuhan, yes. kanser dia dah merebak ke seluruh paru2. hanya tinggal 1/10 saja yg ada space. ALLAHU, ujian apa lagi yg ALLAH bagi pada kami? abah keluar dari bilik tu, muka abah nampak buntu. abah mintak aku belikan coffee. and suruh aku masuk pulak tengok adik. aku masuk, then ada sorang DR chinese dtg katil adik aku tanya confirm ke nak buat Transplant? sebab ni ja jalan satusatunya. kimo dah tak boleh buat. kalau setuju, depa nak confirmkan. aku tak boleh bagi keputusan. sebab semua keputusan ada pada mama abah. 
Transplant tu adalah proses pindahkan air tulang sum-sum dari badan org lain masuk ke badan dia, sebab air tulang sum-sum dia dah dijangkiti kanser dah. tak boleh buat apa2. cuma kena cari penderma dulu. firstly, of course antara adik-beradik kami. untuk tengok sepadan ke tak dengan badan dia. 
lepas mama masuk untuk ganti aku dalam bilik tu jaga dia, aku keluar cari abah. aku terus lari duduk sebelah abah and tanya dah confirm ke nak buat last chance tu. abah cakap abah taktau lagi. aku tau, abah tak sanggup. sebab aku banyak baca buat transplant tak semestinya berjaya, kalau badan dia tak boleh accept air tulang sum-sum org lain tu, mungkin dia boleh bawak kepada maut. aku taknak kehilangan dia. adik aku masih muda! she was sixteen. baya-baya dia dulu aku gelak-gelak dengan kawan aku. aku ada ramai kawan! tapi aku tengok dia, takdak pun kawan yg datang lawat.sebab dia jarang ke sekolah, mungkin depa tak tahu keadaan dia.
for now, keputusan ditangan mama and abah. kalau keputusan tu ada risiko baik dan buruk, aku harap doakan family kami untuk terus kuat and tabah hadapi semua ni. ALLAH is the best planner. aku percaya semua ni :) yg paling penting, doakan adik aku kuat. lawan kesakitan yg ALLAH uji ni. 
thats all. thank you :)
salam.



No comments:

Post a Comment