Pages

Thursday 25 July 2013

a month to goooo. weeeeeeeee :B

salam salam salam :)
takmo taip pepanjang. just want to shareeee, A MONTH TO GO! YEAY! a month? ada apa lagi sebulan. hihiks. nothing special, just a special for me & him je kut mihmihmih. 
ah btw, to Mr.Z, happy 1 years & 11 months! cer jeling dekat kanan blog ni. nampak kan? i'm always counting day by dayyy~ tapi daisypath la tukang mengkira. I tak serajin tuuuwww :p 
i love you sweetheart *aceewaaah*

thanks for everyday, tak lekang bagi nangis, ketawa.

andai ada jodoh--doakanlah :) moga suatu masa, ALLAH maqbulkan apa yang kita minta & harapkan.
aku tak minta lelaki perkasa,hensem,kaya raya jadi bakal somi, cukuplah engkau.
manis senyuman bila dipandang. nak gaduh dedepan pun tak gamak :3
ALLAH akan permudahkan INSYAALLAH :')
see yaaa this raya! nak p lawat nongka lagi raya tahun ni.
wiwiwiwiwiwiwiwiwiwi :D
byeeee. love, hug :* 
pssssstttt : macam TERPERASAN yg awak makin kurus. :/ keeee mata saya juling? keeeee saya makin gemok ni. ISH! takleh jadi ni :/ hmmm hmmm .

Thursday 18 July 2013

cheesecake biscuit

SALAM RAMADHAN! 
Alhamdulillah, diberi peluang untuk melalui hari yang ke-9 Ramadhan! 
okay back to the entry :) exciteed tak? muehehehehhe. okay. Im done first try cik epal punya resepi yang sumpah senang gilo-gilo ni :') memandangkan cuti ni aku free yg teramat free, mari kita rajinkan diri membuat biskut yg terlalu senang, ayeh pun buleh buat nih XD k tipu :3 oh, yang paling seronokkk tak perlu bakar langsung~ letak dalam peti. ala-ala kek batik tuwww :) gitu lah.
okay, first, bahan-bahan yang perlu & wajib ada ;

  • sebuku cream cheese 250g

  • 1/2 tin susu pekat manis (aku guna Gold Coin, sebab kurang manis sikit. hehe)

  • Nestum Original

  • Biskut 4 Segi (aku guna yg Julie's Golden Cracker punya )

  • Susu Segar ( guna Full Cream Dutch Lady sebabbb suka full cream lah hihi)

  • Kellogg's Coco Pops (xde pun xpa,ni cuma bahan tabur atas je~ )
okay done bahan-bahan? semua dah sedia pegang mixer memasing? hoho. okay, dah sedia, sila rujuk bawah ni, senang gilos~ buat sambil baring pon boleyyy hehe

1. First of all, pukul cream cheese sampai hancur ya menggunakan stand mixer. biar je dia pusing-pusing sendiri :D


2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis (kalau xsuka manis sgt, kurangkan sikit ya) then gaul je sampai dia sebati antara dudua cheese & susu pekat tadi. then dah sebati, ok ketepikan.

3. ambil biskut & celupkan dalam susu segar tadi, tapi jangan terlalu lembik ya! ala-ala celup cenggitu ja sebagai syarat gituww.

4. Susun dalam loyang (kalau ada loyang petak lagi bagus) dan sapukan cream cheese tadi di atas biskut yang telah disusun tu ya!



5. Then, taburkan nestum dekat atas cream cheese yang dah disapu tadi secukupnya, taburlah sebanyak mana korang nak. aku tabur je sampai tak nampak cream cheese tu, HAHAHAAHAHA

6. Ulang step 3,4 & 5 tadi sampai penuh loyang. selagi tak penuh, jangan berenti! buat lagi dan lagi dan lagi. tapi untuk topping atas sekali, kite tambah coco pops tu sesaje nak rasa coklat2 ala-ala crunchy sikit hihiks
7.  dah siap? bukak pintu peti, korang masuk dalam peti. Eh! haha. masukkan lah yang korang dah buat tadi ke dalam peti. biarkan ia semalaman ya.
yg ni yg kite punya baru je siap. sebelum masuk dalam peti yawww :)


8. dah semalaman? ambik keluar. potong. makan. eh! puasa tak? kalau puasa, makan malam-malam lah :p 
tadaaaaaaaaa~ done. siap dah pun . ni after keluarkan dari peti. mihihiks 


aaaaaaaaaaaaaaaaaaa. siaaaaaaaaaap! senang tak? seronok tak? sedap! serious senang gila resepi dari cik epal ni tau tak. korang nak try yang lelain lagi? jom terjah blog cik epal ya! 
cheesecake biscuit ni boleh dijadikan pencuci mulut for open house ke, bekal bawak g office ke or untuk hari raya! korang try lah :) tak menyesal punyaaaa. :*
k bai :)




Wednesday 17 July 2013

bukan senang

kenangan---
ada apa dengan kenangan? tak semua paham. tak semua mengingati. tak semua menghayati.
hanya kita saja yang memahami. sebab apa? sebab kita yang lalui!
benar orang kata, kenangan yang pahit tu lah kita akan ingat sampai bila-bila.
hanya kenangan yang jadi perantaraan antara kita, sebab kita yang melalui,bukan orang lain.
mungkin ada yg pandang sinis bila kita teringat lagi kenangan tu. bukan apa, itu memori. memori kita!
jangan kata aku tak cuba lupakan. aku cuba. 
kenangan tu hanya kita saja yang tahu, hanya kita saja yang lalui hari-hari tu.
tak kisah lah kenangan antara aku dan dia, antara dengan kawan-kawan mahupun keluarga.
yang pasti, ia tetap jadi kenangan. tersemat dalam memori. 
yang lama tetap jadi kenangan & memori. yang kehadapan, kita tetap akan binakan kenangan manis kita :)
jangan paksa kenangan itu pergi. ia akan pergi & lupa kalau ia mahu.
bukan senang nak lupakan kenangan. bukan senang---

Monday 15 July 2013

counting days~

" BISMILLAH. YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM. BERIKAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUKKU, ATAS SEGALA USAHAKU SELAMA SATU SEMESTER INI. KAU PERBAIKI APA YANG KURANG PADA YANG DAHULU, KAU SAJA YANG MAHA MENGETAHUI ATAS USAHA-USAHAKU. AMIN. "
counting day by day, result akan keluar. usaha untuk sem2 ni akan di ketahui, mungkin lebih baik, mungkin tak. aku berserah. yang penting, aku dah usaha sebaik mungkin. doakan. moga lebih baik. moga dapat perbaiki dari sem lepas. ALLAH akan bagi yang terbaik untuk hambanya yang berusaha, INSYAALLAH, tapi; ingat, 



ILMU ITU BUKANLAH PADA POINTER KITA,
TETAPI ILMU YANG KITA DAPAT ITU YANG PENTING :')
Jangan terkejut andai, ada yang lebih berjaya walaupun tanpa segulung ijazah,
yang penting, ILMU di dada, PENGALAMAN. :)
GoodLuck for the results! 

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak

happy fasting! salam ramadhan! 
1st ramadhan 1434H
ALHAMDULILLAH! 
Allah still give we a chance untuk jumpa Ramadhan lagi. bersyukur sangat-sangat.
tapi Ramadhan kali ni Allah datangkan ujian bagi kami sekeluarga.
takpa. kami masih diberi peluang kan untuk berpuasa ? :')
last night was my 1st tarawih ramadhan kali ni. 
mama jaga adik amy dekat hospital. so aku g surau dengan abah,adik,kakak n ayeh je la.
abah jadi imam terawih n solat isyak semalam.
alhamdulillah. rasa senang bila abah imamkan dekat surau perumahan UUM.
budak-budak paling ramaaaaaaaaai :O *tunggu moreh leteww*
tapi maaf ya adik-adik terawih dekat surau perumahan xda sgt moreh.mihmih
biasa la dulu aku zaman kanak2 macamtu pun tunggu moreh macamtu hihi :D
sahur pagi ni aku yg ambik alih dengan kakak sebab mama takdak.
masak sesimple yg mungkin sebab awal pagi cenggini mana nak lalu sangat kan.
masak daging goreng letak ubi je and kakak buat sambal telur. andddd siap!
sudah dua lauk je. tu pun sedap okay!
harini insyaallah, berbuka puasa dengan mama and adik dekat hospital sebab dah siap masak-masak semua tadi. 
yg paling excitednyaaaa nak pi bazar ramadhan. muehehehehhehehe XD 
okay, just a simple entry. thats all. selamat berpuasa.
maaf andai ada salah & silap.
sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah bulan ni! bye :') 
p/s: nah ni panduan nak khatam al-quran dalam bulan ramadhan ni ya!

Monday 8 July 2013

pray for her :')

ASSALAMUALAIKUM


can you pray for her? 
because......
SHE's MY LITTLE SISTER!
mungkin dia tak sekuat and tak sesihat kita untuk terus berdoa bagi diri dia, tapi dia ada kami sefamily untuk terus support bagi dia kekuatan.
today, dia masuk hospital lagi. tahap kesihatan dia semakin teruk.
dulu, dia sihat sangat! terlalu sihat. kami senang and happy tengok dia dulu berbanding hari ini. ALLAH takkan uji hamba-NYA yg lemah.
tahun ni, cukup 2 tahun dia menderita lymphoma cancer. 
ya, she in a last stage cancer. 4th stage. 16 cycle kimo dah dibuat. tapi nothing.
ALLAH sekali lagi uji,batuk dia makin teruk. bila dia berjalan, dia cepat penat,semput, padahal ke tandas pun dia semput.
bila dia tidur,aku di sebelah dengar bunyi nafas dia.laju sangat..
dah lama dia solat duduk. berat badan dia dari 50++ kg turun mendadak. now berat dia 40kg. nampak sangat beza dari adik aku yg aku kenal dulu.
dulu kalau isi dia kejap, boleh panggil gemok2, sekarang, tinggal tulang.
MAMA & ABAH tak penah stop carikan penawar untuk dia lepas 16cycle kimoterapi gagal. dah ulang alik ke Ampang, ambil stem cell. tapi keadaan dia sat saja nampak okay.
abah cuba berubat kampung, kesana kemari abah bawak dia, buat air tawar, mengurut, makan ubat-ubat kampung. Mama jugak non-stop belikan dia macam2 jenis minuman penghapus cell cancer. dari segala B17, apricot, durian belanda, belalai gajah.. 
malam-malam, abah tak senang lena. dia pasti terjaga bila dia batuk2 tak henti2. abah bacakan ayat-ayat al-quran tepi telinga dia, abah urut-urutkan dia. abah letak player bg surah-surah tu dialunkan sampai ke pagi, moga dia lena.
Today, she enter hospital again. kali ke berapa memang aku tak ingat, tapi banyak kali. kali ni mama abah tekad bawak jugak p HSB sebab dia dah asyik penat. DR bawak masuk dalam bilik kecemasan, dalam zon kuning. DR cucuk cari urat tangan dia. banyak kali cucuk urat still x jumpa sebab urat dia mengecut. dia nangis sebab sakit. DR ambik darah dia, sebab nak check macamana keadaan dia, buat x-ray dekat paru-paru dia sebab dia selalu batuk. terkejut bila abah tengok full kedua belah paru-paru dia penuh dengan ketumbuhan, yes. kanser dia dah merebak ke seluruh paru2. hanya tinggal 1/10 saja yg ada space. ALLAHU, ujian apa lagi yg ALLAH bagi pada kami? abah keluar dari bilik tu, muka abah nampak buntu. abah mintak aku belikan coffee. and suruh aku masuk pulak tengok adik. aku masuk, then ada sorang DR chinese dtg katil adik aku tanya confirm ke nak buat Transplant? sebab ni ja jalan satusatunya. kimo dah tak boleh buat. kalau setuju, depa nak confirmkan. aku tak boleh bagi keputusan. sebab semua keputusan ada pada mama abah. 
Transplant tu adalah proses pindahkan air tulang sum-sum dari badan org lain masuk ke badan dia, sebab air tulang sum-sum dia dah dijangkiti kanser dah. tak boleh buat apa2. cuma kena cari penderma dulu. firstly, of course antara adik-beradik kami. untuk tengok sepadan ke tak dengan badan dia. 
lepas mama masuk untuk ganti aku dalam bilik tu jaga dia, aku keluar cari abah. aku terus lari duduk sebelah abah and tanya dah confirm ke nak buat last chance tu. abah cakap abah taktau lagi. aku tau, abah tak sanggup. sebab aku banyak baca buat transplant tak semestinya berjaya, kalau badan dia tak boleh accept air tulang sum-sum org lain tu, mungkin dia boleh bawak kepada maut. aku taknak kehilangan dia. adik aku masih muda! she was sixteen. baya-baya dia dulu aku gelak-gelak dengan kawan aku. aku ada ramai kawan! tapi aku tengok dia, takdak pun kawan yg datang lawat.sebab dia jarang ke sekolah, mungkin depa tak tahu keadaan dia.
for now, keputusan ditangan mama and abah. kalau keputusan tu ada risiko baik dan buruk, aku harap doakan family kami untuk terus kuat and tabah hadapi semua ni. ALLAH is the best planner. aku percaya semua ni :) yg paling penting, doakan adik aku kuat. lawan kesakitan yg ALLAH uji ni. 
thats all. thank you :)
salam.