Pages

Thursday, 10 November 2016

Welcome Zuki Jr. (part 2)

sambungan part 1...

lepas dah salam2 semua dgn husband, dup dap dup dap sambil senyum2 muka kelat sbb tahan sakit dgn kasut xpakai sbb nak ke LR kan, nurse tolak2 ke LR je ttiba nurse tu stop dekat kaunter utk daftar ai nak masuk LR. tapi yg lawak dia cakap LR yg aku nak masuk tu katil xdak sbb ada patient baru kluar kot. so, kena la aku duduk sorang2 atas wheelchair itu depan kaunter nurse2 :D siap nurse tu cakap sorry dik saya g ambil katil jap ea. hihihi.

tak lama lepastu, ada sorang nurse tolak ke LR no 7 xsilap dekat HSB masatu. masa tu mmg sakit dah memuncak sikit, from 1-10 maybe skala 6 gitu. elok masuk je LR aku cakap dkt nurse tu, sy nak berdiri ye, sy xnak duduk atas wheelchair ni sbb xtahan sakit, dia pon ok je :) sambil layan contraction dekat tepi meja sambil tggu nurse lg sorang sorong masuk katil.. kejap je nurse tu dah bawak masuk katil and suruh aku naik atas katil sbb nak pasang CTG. masa tu macam malas nak layan sbb xda hati nak baring atas katil tu huwaaaaaaa tp dgn berdiri atas lantai tanpa kasut tu atlast aku gagahi jua naik katil tu..

naik je atas katil, nurse tu selimutkan aku & pasang CTG dekat peyut, masa tu rasa mmg peyut dah ke bawah sangat2, baby dah masuk laluan dh kan, mmg rasa leeee hehe. sempat lg jeling jam besor depan katil tu baru 12.15 a.m macamtu. siap je nurse pasang CTG, dia pun kluor entah p kemana. tp ada 2 org nurse yg lain bertugas dkt LR tu ambik alih, sorang tua lg sorang muda sikit. yg tua tu macam makcik-makcik sikit huhu, dlm 10min cenggitu doc masuk. alahai, nasib xbaik sbb dpt doc laki, dgr la sikit2 apa nurse tu explain dkt doc tu, ckp aku turun tanda darah dah, doc kat bilik PAC check dah 5cm, ketuban belum pecah n so on. doc tu muda lg. 20an gaya muka tu haha. aku malu tapi sakit T.T huwaaaaa. redho ja la. anggap ja la dia nak selamatkan anakku.

doc tu baik jugak la. dia mintak izin lagi nak cek jalan but tak tengok pun. macam hormat la xpandang kan, tapi erk erk jugak la. pastu nurse yg tua sikit tu double confirm chek lagi sekali laluan aku. nurse tu lagi ganaz cek jalan dr doc tu sampai aku cakap, "sakit la nurse pelan sikit" hahahaha. dia bleh plak balas nak beranak mmg sakit adik oi hahaha. adoi!!

then contraction makin kuat dah sampai aku genggam besi katil sambil sebut ALLAHUAKBAR, MAMA! T.T xtau kenapa masa tu ingat nak mama ja huhuhu. sebab rasa i feel what mama feel masa nak bersalinkan aku dulu kot huuuuuuuuu. sampai aku mmg xboleh sgt2 dah baring, aku bgun duduk atas katil sambil peluk bantai sbb nurse semua tggal aku sorang2 dkt LR. jap tu nurse masuk suruh tido balik sbb CTG aku lari sbb aku bgun duduk. tp aku mmg xleh nak baring lgsg, pusing mengiring pun xboleh dah xtahan sgt huhuhu. lepas dia bubuh CTG balik, aku pgg tgn dia cakap, " saya nak husband saya nurse. now.." dia cakap ok lepas dr masuk pecahkan ketuban sy pggl husb awak..

after that doc laki tu masuk lagi sekali and pecahkan ketuban, masa tu jalan dh 5cm++ , elok ja ketuban pecah sakit tu mmg gila2 dah tahap maksima range 9-10 dah and tup2 husband ada kat sebelah dah tak sedar pun bila dia mai huhu sbb masa tu dah mamai2, sakit datang & pergi. boleh terlena bila sakit hilang. terjaga macam kena rasuk bila contraction tu kembali. bukan nak kata, sakit yang paling sakit pernah aku rasa is contraction. huhu. sakit yg taktau nak explain.

husband adalah org yg paling banyak membantu masa aku tgah sakit contraction. syukur sgt2 sbb dapat jugak dia teman dlm LR. dia urutkan pinggang, siap naik atas katil sama2 peluk kat belakang sbb aku sampai lembik la layan contraction yg menggila itu huhuhuhu. masa tu mmg rasa aku xmau beranak dah lepasni sakit gilo oiiiiiiiii. nak beranak hat ni saja haha. sampai la tetiba sakit tu lain macam rasa nak terberak, cakap dkt nurse nak p toilet sbb xtahan sgt, padahai masa tu akai nak bgun turun dari katil xmo duduk atas katil tu, nak tonggek tepi katil huhuhu. nurse tu ttap xbg turun katil tu huhuhuuhu. dia cakap nak buang air besar/kecil buang ja atas katil tu nanti depa uruskan,

tetiba tengah2 sakit contraction mai kuat sangat2 rasa macam something nak keluar sbb tau tu bukan nak berak, rasa nak push sangat2 dah, cakap dekat husb, and husb cakap dekat nurse yg aku nak push dah, dia xcaya mula2 tu, tp aku cakap x nurse betoi haha, dia pon cek sekali lg and dia rasa kepala baby dah, baru dia percaya :D lepas 2 kali push je, keluar lah kepala baby, and sekali push lagi keluarlah nur airine ammara cinta hati kami. mata elok ja tgok jam dalam mamai2 xnampak sgt sbb masatu spek dah ke mana dah kena hawin hahaha. tp nampak la jam tu besaq kot, pukul 4 am tepat2 aku lahirkan airine, ALHAMDULILLAH. :) husband pon menangis sbb dia saksi sendiri aku lahirkan zuriat dia :) paling terharu elok je baby keluar he hug me, kiss my forehead and say thank you sayang you made it & lahirkan anak abang :') i see his eye yg berkaca, dengar suara dia sebak huhuhu

tapi.. aku xsempat pun skin to skin dgn airine sbb nurse cakap dia tertelan tahi depa kena bawak dia p NICU, huhuhu. husb pon kena keluar tggu dekat luar sbb doc nak keluarkan uri & jahit.. tp seriously, elok ja baby keluar, hilang segala sakit menggila contraction tadi, SUBHANALLAH. DEMI ALLAH, sakit tu dah takdak, sampai aku boleh terlena masa doc kluarkan uri & jahit, xrasa apa bg aku sakit contraction tu lagi dahsyat dr kena jahit mentah2...huhuhu..

pukul 7 am baru siap jahit and nak ditolak ke wad, nurse park kejap katil aku tepi kaunter sbb dia nak dftar masuk wad kot.sister yg uruskan aku masa tu baik sgt. hehe. dengarla ada baby2 nangis. tapi tak sangka pulak yg nangis tu anak aku! hahahaha. sister tu tolakkan baby nak p NICU tp dia stop jap dkt tepi aku cakap awak dh tgok ke anak? aku cakap belum sbb td depa ambik terus dia. then dia nampak husb aku, terus dia bawak baby p dekat husb cakap dah qamat belum. husb dah qamat awal lg rupanya sblum subuh td.. aku tgk je baby tu nangis je nonstop dlm bekas kaca dia tu, nurse tu plak macam faham2 je cakap sy bg awak pgg dia kejap la dia nangis je dari td cari mak dia kot. nurse tu angkat letak atas dada, suddenly dia stop menangis sambil sedu2. YA ALLAH, air mata aku bertakung, sebak, terharu, happy, bersyukur. firstime dpt tgk anak yg dikandung 9 bulan, macam xpercaya yg tu lah yg kick2 perut aku, tendang rusuk, tekan bladder, paling terharu yg tu lah teman aku p kelas hari2 dekat terengganu jauh dr babah dia & my family, huhuhu. air mata jatuh, sebak!
sempat la bonding dgn dia dlm 5 minit macamtu and husband take our pic together sbb nak tunjuk dkt family kami. jap g baby dah nak kena tahan NICU mama dekat wad huhuhu.

sakit kena drip tak sukaaaaaaaa huhuhu


my first hello to her, hiiiii sayang

hey bangun td nangis kenapa mama peluk diam pulak hihi

thats all for birth story to airine ammara, ALHAMDULILLAH. syukur sgt ada pelengkap hidup mama & babah. we love you sayang.

oh btw ni maksud nama anak mama ye;
NUR = cahaya
AIRINE = yang memakmurkan, kuat iman & penerang
AMMARA = kedamaian

thanks for reading! salam :)

Wednesday, 27 April 2016

welcome zuki Jr. ! (Part 1)

Assalamualaikum.

tepat 4.00 am, 8 december 2015, lahirlah seorang khalifah Allah bau syurga, puteri cinta hati mama & babah. Nur Airine Ammara nama diberi. Alhamdulillah :)

start sakit lepas balik tesco sbb merajuk dgn babah xbeli coklat as hadiah besday kite on 6th dec, 7 dec babah xp keja, ambik EL sbb semata-mata nak pujuk mama ni kekeke. lepas zuhur ajak juki p tesco sbb nak jalan2 bg baby cepat pop out! hihi. jalan2 makan2 je pun hehe. xbeli pape sbb xrasa nak apa2.  just teman ayeh beli mainan dia ja, sbb lepas ni mesti dah sayang anak mama lebih dr pakcik kekeke.

sampai rumah around 6pm macam tu, tapi sakit pinggang. dlm hati maybe sbb banyak jalan sgt harini, pusing rata. terus tidoq atas katil. dlm 30 min ja lena. pastu jaga nak solat asar, sakit pinggang xhilang. menonggek tepi katil sambil suruh juki urut, huhu. tetiba sakit tu hilang kejap. bangun solat and p sembang dgn mama dekat meja makan. cakap dengan mama, " tadi pinggang sakit pastu hilang pulak" mama kata macam tanda2 nak bersalin. aku ckp entahlah. sbb dah 39w3days masa tu.

lepas maghrib, nak mandi n solat, masuk bilik tengok juki baru sudah solat. duduk depan juki and peluk dia sbb xmo bg juki balikkk, cakap xyah la balik, sbb mana tau esok bersalin. pastu cakap la, ptg td nak solat ada kluar koko2 tp maybe keputihan kot. abg nak tgok x? kekonon nak tunjuk kat dia, buka2 ada darah!! gelabahhhhhh dua2. terus dia ajak "jom hospital!"
aku lek2 ja lg masuk bilik mama abah cakap, "ma abah, kkuna turun tanda darah. nak bersalin dah kot" terus p mandi sambil layan2 contraction yg xseberapa. sambil mandi shower basuh kepala semua. sakit selang dalam 10-15min. tp bleh relax2 lagi hehe.

siap2 semua.. beg pun dah siap.. terus salam cium mama abah. kluar dr rumah mama pukul 8 lebih. dalam kereta juki pasang surah maryam. bagi kami tenang sambil dia genggam tangan aku huhu. sayu masa tu. aku sambil set time contraction. hehe pastu tetiba dah alang2 nak lambat2 sikit, singgah umah mak juki nak solat isyak dulu. and dpt la jumpa mak n ayah mertua.

malam tu, kami jemaah berdua. juki jadi imam n aku makmum. lepas solat, juki doa lama. after doa, aku cium tangan sambil mintak maaf and doa dr suami yg aku cintai semoga dipermudahkan. and sayu sbb takut kalau2 tu jemaah aku dgn suami yg terakhir. sobs!

lepas salam semua family mertua, kami bertolak dlm 10pm ke HSB, Alor Setar. sampai sana, 10.30pm terus naik ke bilik PAC. and terus kena masuk sorang2 dalam tu, sobs! hp semua xleh bawak bg kat somi. lepas doc check CTG baby, doc pompuan chek laluan. sakit. erk!tetiba dia bgtaw dh 5cm ni dik! hoh. terus gulp. macam xcaya bakal lahir harini. huhu. sebabkan xmakan apa2 lagi dia suruh p dekat suami n makan sikit sblm p LR.

jalan la kedek2 cari juki di ruang menunggu. jumpa2 cakap ayg dah bukak 5 cm. ayg nk makan. stg nak masuk LR. huhu. contraction makin dekat2. makin kerap datang. sakit! tp nak makan utk tenaga nk teran satgi. terus juki bg roti2 n kurma n air. makan sambil wassap mama cakap nak masuk LR dh. hihi. tepat 12.00am 8februari nurse nk tolak masuk LR, salam n cium suami dlu minta sekali lg dipermudahkan. sayu lagi sobs sobs.. lalu aku ditolak ke LR macam nak ke tali gantung dah sbb babai suami sampai hilang dr pandangan. macam nak ke medan perang, demi zuriat suami tercinta!

 bersambung....



fresh from the oven! hihi. hi beautiful :) 3 hours after delivery. 



Wednesday, 25 November 2015

38 weeks pregnant

hello. assalamualaikum!

hewhew. terrajin nk hapdate blog at 3 am in the morning sbb lately sesejak dah nak dekat due ni, memang xboleh tido. huwaaaaaaaaaaa. macam2 penyakit lah dapat!
1) penyakit kulit gatal sampai tido pun boleh terjaga. seksa sangat2! habis kulit kaki n paha jadi polkadot huwaaaaaaaaa.
2) macam biasa baby always mengeras.kanan xkena. kiri xkena. melentang pun salah. huwaaaaaa. mama nak tidoooooooo T.T
3) penyakit rindu dekat suami. ni paling teruk. sbb now dah balik get ready duduk umah mama sampai due sbb juki kan kerja. takut tinggal kat umah sorang2 kat susah, huhu terpaksa la berjauhan! dah almost 2weeks xjumpa. huuuuuuuuuuuuuu. see you this weekend! cepatlah jumaat :(

so far Alhamdulillah. baby makin demok macam mama dia. heyyy kita dah macam gorilla tahu? 38 weeks, almost 20kg lemak2 sebati dalam diri. tapi xsedih pun sbb pikir, perempuan yg preggy mmg akan bertambah berat, ye la, bawak baby dah 3kg, susu yg bakal dikeluarkan, uri, air ketuban. haaaaaaaaaa. insyaAllah lepas bersalin kita makan la jamu pastu bengkung macam kerengga hiks.

last scan senin baru ni, Alhamdulillah, my little baby dah 2.9kg, wuuuuuuuuuu . doc scan, okay lah. baby dah pun engaged hehe. means kepala dah masuk laluan. tggu hari je. patut la mama kalau berdiri wuuuuu sakit ooooo kat celah kangkang. takpe lah demimu anak! yang paling seghonok, HB ku naik dengan bahagia! YA ALLAH. rasa macam nak shuffle kat klinik. dah la sorang2. kakakaka. sebelum ni nurse asyik ambik daraaaaaaaaah je asyik cakap aku anemia la apa lah. lepas telan iberet + pati delima gulsan + VCO + minum horlics, fuh! naik! dari 10.9 ke 11.8. waalaaa. tp yg tak syok is kencing kuturrr. T_T hurmmmm. kena la hadap antibiotik tu sampai habis, sobs!

hari-hari mama doa, awak keluar dengan cepat. hehe. dah boleh dah ni keluar. 38 minggu dah. buat apa golek lelama dalam peyut tu, kat luar laaaaaaaaagi luas boleh golek. meh golek sesama gn mama n babah. hohoho. moga Allah permudahkan urusan kita ye sayang? keluar baik2. mama tak sabar nak jumpa anak mama n babah ni.

buat yg mengenali diri ini, mohon ampun & maaf andai ada salah n silap or buat diri terasa hati or berdendam, huhu. doakan moga dipermudahkan urusan, selamat semuanya. InsyaAllah. btw, baby AA is a girl. Alhamdulillah. girl jugak cucu kedua mama abah :) syukur, Allah tarik seorang puteri mama, Allah bg 2 org puteri pengganti buat kami semua. kak emy, i miss you. Alfatihah.

thats all from me, last hapdate bfore pop out! hihi. maybe dah beranak nanti kita hapdate lagi ye. insyaAllah. thanks for reading. assalamualaikum :)

Monday, 5 October 2015

Third trimester

salam. eh eh, tup tup dah 3rd trimester dah. magicnyaaaaa :D hehe. Alhamdulillah. syukur sgt.
mama n baby sihat je :) cuma now mama n baby duduk jauh dr babah n family sobs. sebab mama sambung study for my last sem. hope everything okayyyyyyyyy. hehe. 

so far dah kena start kira kicking2 and tarian2 yg dia buat hihi. now im almost entering 31 weeks pregnant :) thanks Allah. moga Allah permudahkan urusan seterusnnya.. like usual, mesti la saya kembang bak juara! 12 kg plus plus okay lemak memenuhi setiap inci tubuhku ini. tapi husband cakap comel. kekekeke. takpe lepas deliver kita g london weight management naaaaa kakakaka. 

oh hello. my latest pic. hiks. demoknyaaaaaaa hihi
last month before balik terengganu, ajak la babah dia p seb jaya buat details scan & 4d scan dekat Poliklinik Dr Marina, memang plan nak buat sbb we're too excited nak tgok muka diaaaaaaa hihi. and details scan tu the most important sbb boleh tgok condition dia. sihat x, ada apa2 masalah or x. so far Alhamdulillah dr cakap our baby #AA sihat sangat :) mama n babah so happy sayang. paling tak tahan bila dapat tgok muka dia huhu. sebak sangat2 rasa. cant believe it. my little tummy ada someone, bukti cinta kami berdua. :) harga details scan + 4d amat berpatutan dekat Dr Marina. RM100 ja masa kami p buat, dapat free cd ada video dia gerak2 hihi and a lots of its picture, gambar print 3 keping muka dia and paling best sbb masa tu baby songsang so Dr siap suruh mai lagi bila2 rasa baby dah pusing untuk tgk gender dia for free. hehe. 

this our little baby. mulut babah sgttttttt hihi :) #babyAA

 My dear baby AA, mama and babah cannot wait to see you this december. nk keluar sama date dgn birthday mama pon boleh! lagi best! nanti babah kena wajib sambut tiap2 tahun. we're so excited to kiss you! sayang behave ya teman mama p kelas. nanti boleh jadi lecturer sbb dalam peyut lagi dah p university hihihi.

babah practice je tu, dukung kakak meyah yg demokkk. 
video
 taraaaaaa video baby AA duduk tak diam masa scan tu hehe. Dr cakap baby tengah minum air ketuban mama. dahaga ke sayanggg. hihi. love you :)

maaf lah, im too lazy sesejak preggy nak update blog. i think ni last update kot. nnti tetiba dah update cakap dah deliver haha! seriously! btw, doakan kesihatan mama & baby AA. moga baby AA pop out dekat kedah ya bukan di terengganu. sbb mama nak babah dalam LR nanti. hihihi. InsyaAllah. thankyou. Assalamualaikum. thanks for reading :)





Tuesday, 14 July 2015

Salam Ramadhan 1436H

lagi 3 hari nak raya, baru update salam ramadhan hehehe. tapi nak update jugaaaaaaak. sbb lepasni boleh update selamat hari raya!

Alhamdulillah. Ramadhan tahun ni amatlah berlainan berbanding tahun2 yg lepas. ada lebih ada yang kurang. ada yang Allah tarik dari kita, ada yg Allah bg rezeki lebih dekat kita.

My first Ramadhan as a wife & a pregnant mummy :) Alhamdulillah syukur. harap dapat puasa penuh sampai khamis ni. tapi haritu terpaksa berbuka sbb pitam. sobs! sedih sgt. tapi demi anak mama, sokay. Allah permudahkan utk org yg mengandung ni. cuma dr first day puasa, puasa dekat perantauan tahun ni. sobs! sbb exam kan. hari yang ke 13 baru dapat buka sama2 dgn family n suami. jauh suami dtg ambik sbb dah tak larat nak naik bas huhu. laju nau dia bawak sempat jugak berbuka gn mama abah hihi.
on the way balik kedah! suami why youre so serious hehehe.
aku measti la happy nak balikkkkkkkk!

and this was my first ramadhan without my little sister jugak, kakemy. sedih tu memang sedih. tapi, Allah tau apa yg terbaik. dia tengah bahagia dkt sana tanpa sakit2 dah macam sebelum ni. moga syurga buatmu sayang. tapi rindu tu Allah saja tau, menangis jugak kadang2 bila ingatkan dia. fikir2 balik ALLAH bg ganti cepat dlm belly ni. syukur. Allah tak pernah nak bg kita sedih lama2 kan? Alhamdulillah. Al fatihah untuk kakemy. raya ni kakuna balik ziarah kubur kakemy ya? kak una rindu sangat2 nak raya dgn kakemy. hmmmm.

im in 2nd trimester now! weeeeeee. and excited part is dah dapat rasa gerak2 dia. rasa macam ada benda letup2 dekat bawah pusat. hehe. aktif betul. tambah2 lagi masa lepas berbuka and lepas subuh masa tengah bacakan surah yusuf untuk dia :) Alhamdulillah. pusing la sayang, mama lagi suka. hihihi. kalau tak gerak tu yg gelabah kadang2. huu. tapi bila abah dia nak pegang ja dia dah tak gerak2 dah, siaaan abah dia, excited nak rasa baby gerak. mama jugak kena pujuk, ye la awak kecik lagi, mama je la dapat rasa sorang2 hehehehe. perut pun dah makin maju haha.
my little baby bump at 18 weeks, :)
esok cukup 19weeks :) esok kena la checkup perut huhu. esok somi dah mula cuti! yeay! seminggu ha cuti rayaaaaa seronoknyaaaaaa. :) :) tahun ni beraya as wife, as menantu orang, as mama to be. hehe. baju raya hanyalah jubah sbb perut tak izinkan pakai baju cecantik kuwus2. xpelah. jubah lagi selesa! lately rasa nak pakai semua jubah ja p mana2 pun! tak sabar nak scan awak tengok awak buat apa la dalam perut mama kadang tu. buas sangat! hehe. mama tak kisah awak boy or girl. yg penting sihat and sempurna :) amin.