Pages

Wednesday, 27 April 2016

welcome zuki Jr. ! (Part 1)

Assalamualaikum.

tepat 4.00 am, 8 december 2015, lahirlah seorang khalifah Allah bau syurga, puteri cinta hati mama & babah. Nur Airine Ammara nama diberi. Alhamdulillah :)

start sakit lepas balik tesco sbb merajuk dgn babah xbeli coklat as hadiah besday kite on 6th dec, 7 dec babah xp keja, ambik EL sbb semata-mata nak pujuk mama ni kekeke. lepas zuhur ajak juki p tesco sbb nak jalan2 bg baby cepat pop out! hihi. jalan2 makan2 je pun hehe. xbeli pape sbb xrasa nak apa2.  just teman ayeh beli mainan dia ja, sbb lepas ni mesti dah sayang anak mama lebih dr pakcik kekeke.

sampai rumah around 6pm macam tu, tapi sakit pinggang. dlm hati maybe sbb banyak jalan sgt harini, pusing rata. terus tidoq atas katil. dlm 30 min ja lena. pastu jaga nak solat asar, sakit pinggang xhilang. menonggek tepi katil sambil suruh juki urut, huhu. tetiba sakit tu hilang kejap. bangun solat and p sembang dgn mama dekat meja makan. cakap dengan mama, " tadi pinggang sakit pastu hilang pulak" mama kata macam tanda2 nak bersalin. aku ckp entahlah. sbb dah 39w3days masa tu.

lepas maghrib, nak mandi n solat, masuk bilik tengok juki baru sudah solat. duduk depan juki and peluk dia sbb xmo bg juki balikkk, cakap xyah la balik, sbb mana tau esok bersalin. pastu cakap la, ptg td nak solat ada kluar koko2 tp maybe keputihan kot. abg nak tgok x? kekonon nak tunjuk kat dia, buka2 ada darah!! gelabahhhhhh dua2. terus dia ajak "jom hospital!"
aku lek2 ja lg masuk bilik mama abah cakap, "ma abah, kkuna turun tanda darah. nak bersalin dah kot" terus p mandi sambil layan2 contraction yg xseberapa. sambil mandi shower basuh kepala semua. sakit selang dalam 10-15min. tp bleh relax2 lagi hehe.

siap2 semua.. beg pun dah siap.. terus salam cium mama abah. kluar dr rumah mama pukul 8 lebih. dalam kereta juki pasang surah maryam. bagi kami tenang sambil dia genggam tangan aku huhu. sayu masa tu. aku sambil set time contraction. hehe pastu tetiba dah alang2 nak lambat2 sikit, singgah umah mak juki nak solat isyak dulu. and dpt la jumpa mak n ayah mertua.

malam tu, kami jemaah berdua. juki jadi imam n aku makmum. lepas solat, juki doa lama. after doa, aku cium tangan sambil mintak maaf and doa dr suami yg aku cintai semoga dipermudahkan. and sayu sbb takut kalau2 tu jemaah aku dgn suami yg terakhir. sobs!

lepas salam semua family mertua, kami bertolak dlm 10pm ke HSB, Alor Setar. sampai sana, 10.30pm terus naik ke bilik PAC. and terus kena masuk sorang2 dalam tu, sobs! hp semua xleh bawak bg kat somi. lepas doc check CTG baby, doc pompuan chek laluan. sakit. erk!tetiba dia bgtaw dh 5cm ni dik! hoh. terus gulp. macam xcaya bakal lahir harini. huhu. sebabkan xmakan apa2 lagi dia suruh p dekat suami n makan sikit sblm p LR.

jalan la kedek2 cari juki di ruang menunggu. jumpa2 cakap ayg dah bukak 5 cm. ayg nk makan. stg nak masuk LR. huhu. contraction makin dekat2. makin kerap datang. sakit! tp nak makan utk tenaga nk teran satgi. terus juki bg roti2 n kurma n air. makan sambil wassap mama cakap nak masuk LR dh. hihi. tepat 12.00am 8februari nurse nk tolak masuk LR, salam n cium suami dlu minta sekali lg dipermudahkan. sayu lagi sobs sobs.. lalu aku ditolak ke LR macam nak ke tali gantung dah sbb babai suami sampai hilang dr pandangan. macam nak ke medan perang, demi zuriat suami tercinta!

 bersambung....



fresh from the oven! hihi. hi beautiful :) 3 hours after delivery. 



Wednesday, 25 November 2015

38 weeks pregnant

hello. assalamualaikum!

hewhew. terrajin nk hapdate blog at 3 am in the morning sbb lately sesejak dah nak dekat due ni, memang xboleh tido. huwaaaaaaaaaaa. macam2 penyakit lah dapat!
1) penyakit kulit gatal sampai tido pun boleh terjaga. seksa sangat2! habis kulit kaki n paha jadi polkadot huwaaaaaaaaa.
2) macam biasa baby always mengeras.kanan xkena. kiri xkena. melentang pun salah. huwaaaaaa. mama nak tidoooooooo T.T
3) penyakit rindu dekat suami. ni paling teruk. sbb now dah balik get ready duduk umah mama sampai due sbb juki kan kerja. takut tinggal kat umah sorang2 kat susah, huhu terpaksa la berjauhan! dah almost 2weeks xjumpa. huuuuuuuuuuuuuu. see you this weekend! cepatlah jumaat :(

so far Alhamdulillah. baby makin demok macam mama dia. heyyy kita dah macam gorilla tahu? 38 weeks, almost 20kg lemak2 sebati dalam diri. tapi xsedih pun sbb pikir, perempuan yg preggy mmg akan bertambah berat, ye la, bawak baby dah 3kg, susu yg bakal dikeluarkan, uri, air ketuban. haaaaaaaaaa. insyaAllah lepas bersalin kita makan la jamu pastu bengkung macam kerengga hiks.

last scan senin baru ni, Alhamdulillah, my little baby dah 2.9kg, wuuuuuuuuuu . doc scan, okay lah. baby dah pun engaged hehe. means kepala dah masuk laluan. tggu hari je. patut la mama kalau berdiri wuuuuu sakit ooooo kat celah kangkang. takpe lah demimu anak! yang paling seghonok, HB ku naik dengan bahagia! YA ALLAH. rasa macam nak shuffle kat klinik. dah la sorang2. kakakaka. sebelum ni nurse asyik ambik daraaaaaaaaah je asyik cakap aku anemia la apa lah. lepas telan iberet + pati delima gulsan + VCO + minum horlics, fuh! naik! dari 10.9 ke 11.8. waalaaa. tp yg tak syok is kencing kuturrr. T_T hurmmmm. kena la hadap antibiotik tu sampai habis, sobs!

hari-hari mama doa, awak keluar dengan cepat. hehe. dah boleh dah ni keluar. 38 minggu dah. buat apa golek lelama dalam peyut tu, kat luar laaaaaaaaagi luas boleh golek. meh golek sesama gn mama n babah. hohoho. moga Allah permudahkan urusan kita ye sayang? keluar baik2. mama tak sabar nak jumpa anak mama n babah ni.

buat yg mengenali diri ini, mohon ampun & maaf andai ada salah n silap or buat diri terasa hati or berdendam, huhu. doakan moga dipermudahkan urusan, selamat semuanya. InsyaAllah. btw, baby AA is a girl. Alhamdulillah. girl jugak cucu kedua mama abah :) syukur, Allah tarik seorang puteri mama, Allah bg 2 org puteri pengganti buat kami semua. kak emy, i miss you. Alfatihah.

thats all from me, last hapdate bfore pop out! hihi. maybe dah beranak nanti kita hapdate lagi ye. insyaAllah. thanks for reading. assalamualaikum :)

Monday, 5 October 2015

Third trimester

salam. eh eh, tup tup dah 3rd trimester dah. magicnyaaaaa :D hehe. Alhamdulillah. syukur sgt.
mama n baby sihat je :) cuma now mama n baby duduk jauh dr babah n family sobs. sebab mama sambung study for my last sem. hope everything okayyyyyyyyy. hehe. 

so far dah kena start kira kicking2 and tarian2 yg dia buat hihi. now im almost entering 31 weeks pregnant :) thanks Allah. moga Allah permudahkan urusan seterusnnya.. like usual, mesti la saya kembang bak juara! 12 kg plus plus okay lemak memenuhi setiap inci tubuhku ini. tapi husband cakap comel. kekekeke. takpe lepas deliver kita g london weight management naaaaa kakakaka. 

oh hello. my latest pic. hiks. demoknyaaaaaaa hihi
last month before balik terengganu, ajak la babah dia p seb jaya buat details scan & 4d scan dekat Poliklinik Dr Marina, memang plan nak buat sbb we're too excited nak tgok muka diaaaaaaa hihi. and details scan tu the most important sbb boleh tgok condition dia. sihat x, ada apa2 masalah or x. so far Alhamdulillah dr cakap our baby #AA sihat sangat :) mama n babah so happy sayang. paling tak tahan bila dapat tgok muka dia huhu. sebak sangat2 rasa. cant believe it. my little tummy ada someone, bukti cinta kami berdua. :) harga details scan + 4d amat berpatutan dekat Dr Marina. RM100 ja masa kami p buat, dapat free cd ada video dia gerak2 hihi and a lots of its picture, gambar print 3 keping muka dia and paling best sbb masa tu baby songsang so Dr siap suruh mai lagi bila2 rasa baby dah pusing untuk tgk gender dia for free. hehe. 

this our little baby. mulut babah sgttttttt hihi :) #babyAA

 My dear baby AA, mama and babah cannot wait to see you this december. nk keluar sama date dgn birthday mama pon boleh! lagi best! nanti babah kena wajib sambut tiap2 tahun. we're so excited to kiss you! sayang behave ya teman mama p kelas. nanti boleh jadi lecturer sbb dalam peyut lagi dah p university hihihi.

babah practice je tu, dukung kakak meyah yg demokkk. 
 taraaaaaa video baby AA duduk tak diam masa scan tu hehe. Dr cakap baby tengah minum air ketuban mama. dahaga ke sayanggg. hihi. love you :)

maaf lah, im too lazy sesejak preggy nak update blog. i think ni last update kot. nnti tetiba dah update cakap dah deliver haha! seriously! btw, doakan kesihatan mama & baby AA. moga baby AA pop out dekat kedah ya bukan di terengganu. sbb mama nak babah dalam LR nanti. hihihi. InsyaAllah. thankyou. Assalamualaikum. thanks for reading :)





Tuesday, 14 July 2015

Salam Ramadhan 1436H

lagi 3 hari nak raya, baru update salam ramadhan hehehe. tapi nak update jugaaaaaaak. sbb lepasni boleh update selamat hari raya!

Alhamdulillah. Ramadhan tahun ni amatlah berlainan berbanding tahun2 yg lepas. ada lebih ada yang kurang. ada yang Allah tarik dari kita, ada yg Allah bg rezeki lebih dekat kita.

My first Ramadhan as a wife & a pregnant mummy :) Alhamdulillah syukur. harap dapat puasa penuh sampai khamis ni. tapi haritu terpaksa berbuka sbb pitam. sobs! sedih sgt. tapi demi anak mama, sokay. Allah permudahkan utk org yg mengandung ni. cuma dr first day puasa, puasa dekat perantauan tahun ni. sobs! sbb exam kan. hari yang ke 13 baru dapat buka sama2 dgn family n suami. jauh suami dtg ambik sbb dah tak larat nak naik bas huhu. laju nau dia bawak sempat jugak berbuka gn mama abah hihi.
on the way balik kedah! suami why youre so serious hehehe.
aku measti la happy nak balikkkkkkkk!

and this was my first ramadhan without my little sister jugak, kakemy. sedih tu memang sedih. tapi, Allah tau apa yg terbaik. dia tengah bahagia dkt sana tanpa sakit2 dah macam sebelum ni. moga syurga buatmu sayang. tapi rindu tu Allah saja tau, menangis jugak kadang2 bila ingatkan dia. fikir2 balik ALLAH bg ganti cepat dlm belly ni. syukur. Allah tak pernah nak bg kita sedih lama2 kan? Alhamdulillah. Al fatihah untuk kakemy. raya ni kakuna balik ziarah kubur kakemy ya? kak una rindu sangat2 nak raya dgn kakemy. hmmmm.

im in 2nd trimester now! weeeeeee. and excited part is dah dapat rasa gerak2 dia. rasa macam ada benda letup2 dekat bawah pusat. hehe. aktif betul. tambah2 lagi masa lepas berbuka and lepas subuh masa tengah bacakan surah yusuf untuk dia :) Alhamdulillah. pusing la sayang, mama lagi suka. hihihi. kalau tak gerak tu yg gelabah kadang2. huu. tapi bila abah dia nak pegang ja dia dah tak gerak2 dah, siaaan abah dia, excited nak rasa baby gerak. mama jugak kena pujuk, ye la awak kecik lagi, mama je la dapat rasa sorang2 hehehehe. perut pun dah makin maju haha.
my little baby bump at 18 weeks, :)
esok cukup 19weeks :) esok kena la checkup perut huhu. esok somi dah mula cuti! yeay! seminggu ha cuti rayaaaaa seronoknyaaaaaa. :) :) tahun ni beraya as wife, as menantu orang, as mama to be. hehe. baju raya hanyalah jubah sbb perut tak izinkan pakai baju cecantik kuwus2. xpelah. jubah lagi selesa! lately rasa nak pakai semua jubah ja p mana2 pun! tak sabar nak scan awak tengok awak buat apa la dalam perut mama kadang tu. buas sangat! hehe. mama tak kisah awak boy or girl. yg penting sihat and sempurna :) amin.


Friday, 29 May 2015

First Trimester.

Hello first trimester. i'm almost done for this stage, InsyaAllah. Lega sgt dah pun lepas 1st stage yang teramatlah sensitif ya. Alhamdulillah. so hello second trimester.

saya dah pun bukak buku pink awal-awal lagi. wiwi. bukan excited ke hapa. tapi memandangkan jauh berjuta batu dengan somi risau kalau2 apa2 jadi awal2 ni masa duduk di terengganu seorang diri maka, lepas buat UPT test dekat KK Changlun, terus bukak buku dekat KK Desa Kg Tradisi :)
nurse x marah pun. dia lagi senyum je la. cuma awal2 ni perut pun tecik lg, lembik2 dgn lemak lagi haha :p seingat masa bukak buku tu baru kandungan masuk 5 weeks and bukak buku tu betul2 sebulan kawen. hoho

tetiba mesti ada pelik. eh eh baru kawen sebulan tapi preggy 5 weeks. choiii. g klinik jumpa nurse KK dorang akan explain la yg 5 weeks dikira dari tarikh firstday last period kita. like me, kawen 13 march. last period 4 march. seminggu sebelum kan? masa kawen tu means hari subur :) Alhamdulillah rezeki awal, bunting pelamin.

now dah almost 13 weeks dah. Alhamdulillah, anak ibu membesar bak juara sangat. masa first scan dekat KKIA Seb Takir masa tu dah 8 weeks, tapi bila scan Dr cuma nampak kantung je dr ukur dia baru 6w5d. sobs sobs sgt ibu sebab masa tu baca blog org lain semua ada yang dah nampak. takpe lah, balik tu sedih2 dalam happy. tp try to think positive maybe tiap org tak sama. ada yg nampak awal n lewat. lagipun mesin scan dekat KK tak clear sgt~~~

ni masa first scan 6weeks. nampak x kantung kecik ja yg ada dot dot tu. yg tu Dr ukur saiz kantung tu :)
and semalam memang sehari dari malam cannot sleep sbb perut memulas. dunno whyyy :'( sebab salah makan kot. sobs sobs. sampai mimpi pelik2 la malam tu. cherry berry 2 3 kali ulang g toilet. p kelas ptg tu pun rasa nak pitam + nak muntah + senak perut. cannot go. nasib class sejam n last class pulak. so redha sajalah. lepas kelas terus g pusat perubatan intan dekat KT. niat mmg nak scan sekali sbb selagi xscan tgok perkembangan dia kat dalam ni rasa betul ke aku mengandung. haaa gitulah :3 jumpa DR siti xsilap nama dia baik sangat :) friendly. xramai pun masa g tu hehe. so cerita la masalah nak pitam n perut buat hal tu. cek darah, darah naik. erkkk. 143 camtu. dr sampai cek 3x sbb tggi sangat. maybe sbb terengganu ni panas ya ampunnnn dgn aku pulak xsihat kan wuwu.

and lastly, dapat la scan si tecik ni. mula2 excited tapi takut. wuwu. tapi elok2 ja Dr tu letak scan atas perut eh eh Dr tu cakap;  "ha ah tu dah nampak. awak nampak x?" aku dok hehehehe je sbb nampak dah besar. Ya Allah macam x caya wuwu. dah besar dah. nampak kepala badan kaki n tangan dia. siap gerak2 atas bawah. nakal ekk. tangan tu gapai2 apa tah hehe. Ibu wanna cryyy. kalaulah juki ada sekali mesti dia yg super duper excited heeeeeee. pastu mintak dr tunjuk mana heartbeats dia semua :) and i saw it. wanna cry agaiiiinnn. nampak la gerak2 kecik tu la heartbeats dia :) syukur ya Allah. Dr cakap no worries baby sihat je ni :) Ibu is so happy.

okay this one lah scan yg nampak dia tu. see. tu kepala n badan dia hehe. macam nak rakam masa dia gerak2. nanti juki ada sekali boleh la mintak dia yg rakamkan :)

selasa ni 2nd june ada lagi appointment dgn KKIA seb takir sbbkan dorang nak scan lagi sekali. tapi malas Ya Allah nak p sbb ramai manusia dan penat nak tggu giliran wuwuwu. tapi demi si kecik ni pi ja lah, malam tu nak balik kedah jumpa somi yeayyyyy. memang plan balik cuti seminggu before final ni nak ajak juki p scan sekali. rupanya dia siap dah mark tempat nak p scan~ alololo. hihi. dia lagi excited rupanya~ haha.

Insya Allah final semester 6 ni berdua lah jawap exam hihi. next sem dah xboleh berdua sbb masa tu dah keluar dah hoho. moga awak teman ibu study hard n dapat result baik2 Insya Allah. nanti ayah awak belanja awak makan seoul garden tauuuuu :) bek bek.

Salam sayang,
Ibu :)