Pages

Tuesday, 14 July 2015

Salam Ramadhan 1436H

lagi 3 hari nak raya, baru update salam ramadhan hehehe. tapi nak update jugaaaaaaak. sbb lepasni boleh update selamat hari raya!

Alhamdulillah. Ramadhan tahun ni amatlah berlainan berbanding tahun2 yg lepas. ada lebih ada yang kurang. ada yang Allah tarik dari kita, ada yg Allah bg rezeki lebih dekat kita.

My first Ramadhan as a wife & a pregnant mummy :) Alhamdulillah syukur. harap dapat puasa penuh sampai khamis ni. tapi haritu terpaksa berbuka sbb pitam. sobs! sedih sgt. tapi demi anak mama, sokay. Allah permudahkan utk org yg mengandung ni. cuma dr first day puasa, puasa dekat perantauan tahun ni. sobs! sbb exam kan. hari yang ke 13 baru dapat buka sama2 dgn family n suami. jauh suami dtg ambik sbb dah tak larat nak naik bas huhu. laju nau dia bawak sempat jugak berbuka gn mama abah hihi.
on the way balik kedah! suami why youre so serious hehehe.
aku measti la happy nak balikkkkkkkk!

and this was my first ramadhan without my little sister jugak, kakemy. sedih tu memang sedih. tapi, Allah tau apa yg terbaik. dia tengah bahagia dkt sana tanpa sakit2 dah macam sebelum ni. moga syurga buatmu sayang. tapi rindu tu Allah saja tau, menangis jugak kadang2 bila ingatkan dia. fikir2 balik ALLAH bg ganti cepat dlm belly ni. syukur. Allah tak pernah nak bg kita sedih lama2 kan? Alhamdulillah. Al fatihah untuk kakemy. raya ni kakuna balik ziarah kubur kakemy ya? kak una rindu sangat2 nak raya dgn kakemy. hmmmm.

im in 2nd trimester now! weeeeeee. and excited part is dah dapat rasa gerak2 dia. rasa macam ada benda letup2 dekat bawah pusat. hehe. aktif betul. tambah2 lagi masa lepas berbuka and lepas subuh masa tengah bacakan surah yusuf untuk dia :) Alhamdulillah. pusing la sayang, mama lagi suka. hihihi. kalau tak gerak tu yg gelabah kadang2. huu. tapi bila abah dia nak pegang ja dia dah tak gerak2 dah, siaaan abah dia, excited nak rasa baby gerak. mama jugak kena pujuk, ye la awak kecik lagi, mama je la dapat rasa sorang2 hehehehe. perut pun dah makin maju haha.
my little baby bump at 18 weeks, :)
esok cukup 19weeks :) esok kena la checkup perut huhu. esok somi dah mula cuti! yeay! seminggu ha cuti rayaaaaa seronoknyaaaaaa. :) :) tahun ni beraya as wife, as menantu orang, as mama to be. hehe. baju raya hanyalah jubah sbb perut tak izinkan pakai baju cecantik kuwus2. xpelah. jubah lagi selesa! lately rasa nak pakai semua jubah ja p mana2 pun! tak sabar nak scan awak tengok awak buat apa la dalam perut mama kadang tu. buas sangat! hehe. mama tak kisah awak boy or girl. yg penting sihat and sempurna :) amin.


Friday, 29 May 2015

First Trimester.

Hello first trimester. i'm almost done for this stage, InsyaAllah. Lega sgt dah pun lepas 1st stage yang teramatlah sensitif ya. Alhamdulillah. so hello second trimester.

saya dah pun bukak buku pink awal-awal lagi. wiwi. bukan excited ke hapa. tapi memandangkan jauh berjuta batu dengan somi risau kalau2 apa2 jadi awal2 ni masa duduk di terengganu seorang diri maka, lepas buat UPT test dekat KK Changlun, terus bukak buku dekat KK Desa Kg Tradisi :)
nurse x marah pun. dia lagi senyum je la. cuma awal2 ni perut pun tecik lg, lembik2 dgn lemak lagi haha :p seingat masa bukak buku tu baru kandungan masuk 5 weeks and bukak buku tu betul2 sebulan kawen. hoho

tetiba mesti ada pelik. eh eh baru kawen sebulan tapi preggy 5 weeks. choiii. g klinik jumpa nurse KK dorang akan explain la yg 5 weeks dikira dari tarikh firstday last period kita. like me, kawen 13 march. last period 4 march. seminggu sebelum kan? masa kawen tu means hari subur :) Alhamdulillah rezeki awal, bunting pelamin.

now dah almost 13 weeks dah. Alhamdulillah, anak ibu membesar bak juara sangat. masa first scan dekat KKIA Seb Takir masa tu dah 8 weeks, tapi bila scan Dr cuma nampak kantung je dr ukur dia baru 6w5d. sobs sobs sgt ibu sebab masa tu baca blog org lain semua ada yang dah nampak. takpe lah, balik tu sedih2 dalam happy. tp try to think positive maybe tiap org tak sama. ada yg nampak awal n lewat. lagipun mesin scan dekat KK tak clear sgt~~~

ni masa first scan 6weeks. nampak x kantung kecik ja yg ada dot dot tu. yg tu Dr ukur saiz kantung tu :)
and semalam memang sehari dari malam cannot sleep sbb perut memulas. dunno whyyy :'( sebab salah makan kot. sobs sobs. sampai mimpi pelik2 la malam tu. cherry berry 2 3 kali ulang g toilet. p kelas ptg tu pun rasa nak pitam + nak muntah + senak perut. cannot go. nasib class sejam n last class pulak. so redha sajalah. lepas kelas terus g pusat perubatan intan dekat KT. niat mmg nak scan sekali sbb selagi xscan tgok perkembangan dia kat dalam ni rasa betul ke aku mengandung. haaa gitulah :3 jumpa DR siti xsilap nama dia baik sangat :) friendly. xramai pun masa g tu hehe. so cerita la masalah nak pitam n perut buat hal tu. cek darah, darah naik. erkkk. 143 camtu. dr sampai cek 3x sbb tggi sangat. maybe sbb terengganu ni panas ya ampunnnn dgn aku pulak xsihat kan wuwu.

and lastly, dapat la scan si tecik ni. mula2 excited tapi takut. wuwu. tapi elok2 ja Dr tu letak scan atas perut eh eh Dr tu cakap;  "ha ah tu dah nampak. awak nampak x?" aku dok hehehehe je sbb nampak dah besar. Ya Allah macam x caya wuwu. dah besar dah. nampak kepala badan kaki n tangan dia. siap gerak2 atas bawah. nakal ekk. tangan tu gapai2 apa tah hehe. Ibu wanna cryyy. kalaulah juki ada sekali mesti dia yg super duper excited heeeeeee. pastu mintak dr tunjuk mana heartbeats dia semua :) and i saw it. wanna cry agaiiiinnn. nampak la gerak2 kecik tu la heartbeats dia :) syukur ya Allah. Dr cakap no worries baby sihat je ni :) Ibu is so happy.

okay this one lah scan yg nampak dia tu. see. tu kepala n badan dia hehe. macam nak rakam masa dia gerak2. nanti juki ada sekali boleh la mintak dia yg rakamkan :)

selasa ni 2nd june ada lagi appointment dgn KKIA seb takir sbbkan dorang nak scan lagi sekali. tapi malas Ya Allah nak p sbb ramai manusia dan penat nak tggu giliran wuwuwu. tapi demi si kecik ni pi ja lah, malam tu nak balik kedah jumpa somi yeayyyyy. memang plan balik cuti seminggu before final ni nak ajak juki p scan sekali. rupanya dia siap dah mark tempat nak p scan~ alololo. hihi. dia lagi excited rupanya~ haha.

Insya Allah final semester 6 ni berdua lah jawap exam hihi. next sem dah xboleh berdua sbb masa tu dah keluar dah hoho. moga awak teman ibu study hard n dapat result baik2 Insya Allah. nanti ayah awak belanja awak makan seoul garden tauuuuu :) bek bek.

Salam sayang,
Ibu :)

Monday, 27 April 2015

I'm married. Alhamdulillah!

13 March 2015

Assalamualaikum. tanggal 13 march, Jumaat yang barakah. Alhamdulillah tepat jam 5.55 petang, aku sah menjadi isteri buat suami saya, Mohd Zuki Md Saad dengan sekali lafaz berwalikan abah sendiri. syukur YA ALLAH. terima kasih Allah permudahkan majlis ini. still cannot believe it diri ini dah sah menjadi permaisuri hati insan yang aku kenal hampir 4 tahun lepas. hanya melalu facebook hihi. jodoh kan?

hai suami. seghonok nampakkkk :p

majlis sebelah perempuan keesokan harinya.. sabtu, 14 march.. Alhamdulillah, everything went well. syukur. ramai yang hadir. sampai tak cukup tangan nak dilayan. maafkan saya. ramai yang datang mungkin ini adalah kenduri terakhir family aku memandangkan adik izzul aku still young, entah bila kenduri nya haha. lagipun ramai yang tak sempat nak ziarah family kami coz of 3 weeks before adikku Noraimi Nadiah baru ja meninggal. (sedih sangat :( ) 



isteri

suami


Allah is the best planner. even Allah tarik seorang insan yang paling aku sayang 3 minggu sebelum aku nikah, Allah gantikan dengan seorang suami yang begitu memahami diri ini. sungguh. aturan Allah itu indah. Thankyou Allah for this moment.

precious moment :')


Suami. terima kasih sudi menerima diri ini sebagai permaisuri hidup, peneman dikala awak susah dan senang. doakan kita berkekalan hingga ke jannah. moga Allah merahmati pernikahan yang kita bina ini. syukur Allah hantarkan awak sebagai penjaga, pengganti, peneman, dan penenang saat saya jatuh. Allah gantikan awak yang paling terbaik untuk saya. jaga saya baik-baik ya :) InsyaAllah moga kita bahagia dunia akhirat. InsyaAllah :)


dear husband, I love you forever, forever and always.
please just remember, even if I'm not there,
I'll always love you, forever and always. 
Hold my hand, bring me to jannah. :') 

thanks for reading. hanya untuk diari tatapan di hari tua bersama suami dan anak-anak nanti hihi. 
doakan kami bahagia dunya akhirat :) 
and Alhamdulillah. so, hello, i'm mrs zuki for now hihi :)

p/s : doakan saya dan bakal zuriat kami baik-baik sahaja. *wink* Alhamdulillah. rezeki awal. :)

Friday, 6 March 2015

selamat tidur adikku.

 19 februari 2015,khamis.

hati berat yang amat untuk pulang ke Terengganu. serba salah. ahad dah start class. di Kedah, kakemy masih di wad KMC hari ke 16. keluar masuk ICU. malam tu. aku peluk dia sebelum aku balik rumah. plannya awal2 pagi esok dah ke SP untuk balik terengganu sekali dengan fiqa. masa aku peluk dia, mata dia pejam rapat. dia sedar. tapi, dia takda kekuatan untuk buka mata. dia pejam sambil duduk. bantal diatas riba. dia tidur atas bantal diriba dia. aku bisik dekat telinga dia "kakemy, kakuna nak balik terengganu esok. hmm. kakuna balik sat ja. nanti kakuna balik sini balik." zuki betul2 belakang aku. tiba2 aku sebak. aku peluk dia... aku cakap lagi, "kakemy, kakemy kena kuat tau, kakuna sayang sangat2 kakemy. kakemy bertahan ya. kakuna nak kakemy sembuh. kakuna tau kakemy kuat. nanti, bila kakemy dah sihat, kakemy wassap kakuna ya. kakemy bgtaw kakemy dah sihat." air mata aku jatuh laju. aku menangis sambil peluk dia. aku dengar nafas dia laju. laju mengalahkan orang sudah berlari. laju yang buat kita sendiri penat dengar. dia mengangguk tanda dengar apa yang aku cakap.
sesudah tu, aku lepaskan pelukan dia, and aku lari masuk toilet sebelah katil dia, aku menangis sepuas2nya. aku takut YA ALLAH. aku takut kehilangan dia. aku keluar lepas aku rasa aku tenang sikit. and zuki pandang aku tanda tak setuju aku menangis depan kakemy, tapi apa boleh buat. aku sedih tengok adik kandung aku sendiri dalam keadaan macamtu.

20 februari 2015,jumaat.

awal aku bangun. siap2 untuk balik ke terengganu, kakak tumpang sekali nak balik rumah dia di Kulim. dalam puku; 7.30pg, aku bertolak ke rumah zuki, ambil dia and aku singgah dekat hospital lagi. hantarkan baju mama abah and nasik lemak yg aku beli utk depa. sampai2 bilik kakemy, aku nampak mama menangis. aku nampak abah depan kakemy, dia pejam mata lagi. sambil sandar dekat katil yang dinaikkan. abah suap dia makan bubur. tapi dia tplak tangan abah. mama kata kkemy xmau makan langsung. aku sedih. mama sedih sbb tengok kakemy makin susut. abah suap kakemy jugak. aku cuma tengok dr hujung katil. hmmm. sedih. aku mesej zuki, cakap aku lambat sikit, kakemy xmau makan. aku nak cuba pujuk dia makan dulu. zuki cakap OK. aku p tepi dia, aku cakap. "kakemy, makan la sikit. kesian mama n abah. kakemy kena makan, bagi kuat sikit badan kakemy dah xdak tenaga dah tu"  aku sebak. kakemy buat taktahu. mungkin dia xlarat. sbb tidur dia mmg xstabil. malam2 dia tak tidur sebab penat. oksigen ada 2 dekat hidung n mulut dia untuk bantu pernafasan dia.
aku tengok jam. hampir 9 pagi. aku kena bertolak dah, sebab janji dengan fiqa pukul 11.00 pagi nak bertolak. sekali lagi aku peluk n cium dahi kakemy. basah. peluh sbb ubat. tapi bagi aku wangi. aku tak tau, yang itu adalah cium n peluk terakhir aku pada dia. aku tak tahu. kalau tuhan bagi aku tahu semua yang bakal berlaku, wallahi, satu saat pun aku xkan tinggalkan dia. aku mintak izin mama abh untuk bertolak p sp.
sampai sp dalam pukul 10. aku sembang dengan zuki, tiba2 aku cakap, "saya rasa saya xnak balik. jom kita patah balik. rasa sedih nak tinggal kakemy dalam keadaan macamtu. hmmmm". zuki bantah. dia suruh aku go on study dulu. dia kata insyaAllah kakemy akan okay. aku pasrah. hmmm. aku bertolak ke terengganu dalam pukul 12 tengahari.dlm kereta fiqa, aku menangis perlahan. aku sebak. rasa hati aku meronta. tapi aku fikirkan keadaan yg memaksa. and aku fikir tak lama lagi aku akan balik jugak untuk cuti kawen. and aku redha.,,

21 februari 2015,sabtu.

handphone aku bunyi. aku terjaga. mama call. hati dah tak sedap langsung. aku angkat. mama cakap, "kakuna boleh tangguh semester x? abah suruh kakuna balik dulu. kkemy dah nampak lain. pagi ni dia mintak mama tido dengan dia, sebelah dia atas katil tepi dia. dia mintak maaf dekat mama, mintak mama halalkan makan minum dia, and dia cakap dia sayang mama sangat2" aku terbangun. aku tenang lagi. hmmm. aku terfikir macamana aku nak balik. tangguh sem tu lantaklah. aku lagi okay. aku pun cakap " ok lah satgi kakuna try cari tiket bas or flight tapi rasanya flight ja ada ma. bas mana ada. org balik cuti raya cina. " aku terus mandi siap2 lepas aku check on9 tiket flight ke KLIA2 ada. pukul 4.30pm, RM215.00 . aku pikir takpalah. dari aku tak sempat kalau jadi apa2 dekat adik aku. aku pun beli dekat kaunter. melayang RM250 jugaklah. huhu. lepas beli aku ajak fiqa beli penyapu semua dekat kedai RM2 sbb rumah sewa aku rumah baru kami, so banyak benda xdak. time beratur nak bayar barang yang kami beli, tiba2 phone bunyi lagi. oh mama. aku angkat and tanya," napa mama.. kakuna dah beli tiket dah ptg ni." tiba2 mama balas, "kakuna....kakemy dah takdak dah... kakuna sabar ya..." aku rasa macam kena tampar. aku nampak bayangan muka kkemy pagi kemarin yang takmau makan tu. aku nampak masa aku peluk dia sambil aku cakap aku sayang kakemy tu. aku baling semua barang dekat tangan aku pada fiqa. aku menangis semahu2nya dekat depan kedai tu. terduduk. ah, lantaklah apa orang nak kata. aku tersentak. YA ALLAH. baru semalam aku risaukan aku akan kehilangan dia, baru semalam YA ALLAH. dan harini, kau jemput dia selepas 17 tahun kau pinjamkan dia pada kami. 5 tahun dia fight for her cancer. aku masuk kereta fiqa aku menjerit semahu2nya. YA ALLAH. aku tahu. aku takkan sempat untuk tatap muka dia buat kali terakhir. ALLAHU. beratnya YA ALLAH. lagi 3 minggu majlis perkahwinan aku. kakemy tinggalkan aku buat selama-lamanya, mengahadap pencipta kita.aku bukak conversation wassap dr kakemy seminggu lepas masa dia mula2 masuk KMC and masih kuat boleh cakap & bangun. "na.rempeyek habisss", "na.beli teh siam tu.lapaq" , "na, cepatla nak ayaq milo." , and my last conversation, she said "xpala kalau kkemy xbleh keluaq lg waktu kenduri nnti, nak wat cena. harini betul2 lemah sgt2.ingat dah nak mati." aku balas, "takbaik la cakap macamtu, xlagi. Allah kan bg kkemy kuat. lawan sakit tu, untuk kami semua". dia balas "yala tauu. nak sangat sihat kumpul ramai2 makan nasik ramai2.masak steamboat. kkemy syg semua org.kkemy rasa terhutang budi kat semua org. tiap hari mai jauh semata nak tgok kakemy :'( " air mata aku jatuh. aku rasa rindu nak tidoq dalam bilik dgn dia. dia balas lagi, " nak kenduri ni. xmau sedih2 kena ceria." aku balas, "cancel kenduri boleh? " kkemy marah. "haishhh kenapa pulakk. tu goodies kkemy buat penat2 oooo" aku menangis sebak. YA ALLAH. aku rindu kakemy. :'(





AL FATIHAH, esok, cukup 2 minggu kakemy takdak. minggu depan cukup 3 minggu, minggu depan jugaklah aku bakal bergelar isteri. Allah gantikan kehilangan adikku dengan bakal suamiku. insyaAllah.
Noraimi Nadiah Mohd Jamal. tidurlah sayang. moga tidurmu lena di sana, tanpa menanggung derita ketika kkemy didunia ini. moga kita jumpa di syurga Allah nanti. insyaAllah. kita bakal bertemu. kakuna bakal menyusul, entah harini entah esok. selamat malam sayang. moga lenamu indah.
Assalamualaikum.

Friday, 13 February 2015

A month to go~

13 February 2015. JUMAAT.
a month to go. jumaat yg ke lima, InsyaAllah. akan disatukan. bakal menjadi makmum-mu. bakal menjadi seorang isteri pada seorang suami. bakal ibu pada zuriatmu. bakal peneman dikala kau susah dan senang. InsyaAllah. another 28 days to go.

Bismmillah. Rabbi Yassir Wala Tua'ssir.

Allah, kau permudahkanlah urusan kami. membina masjid. semoga sentiasa dalam Redha-Mu.

bakal suamiku,
terima kasih. menerima 1001 kekurangan yang ada pada diri ini, yang rasa langsung tak layak untuk menjadi pendamping hidupmu. tapi janji Allah itu pasti. INSYAALLAH. jika nama kita tertulis di Luh Mahfuz, Alhamdulillah, terima kasih menjadi insan yang terlalu penyabar dalam hubungan ini. perbezaan umur dan kematangan ditolak tepi. terima kasih Allah.

jumpa lagi di hari ijab qabul, bakal suami. INSYAALLAH. dengan izin-Nya. AMIN.

salam sayang,
bakal isteri :)