Pages

Monday, 15 July 2013

counting days~

" BISMILLAH. YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM. BERIKAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUKKU, ATAS SEGALA USAHAKU SELAMA SATU SEMESTER INI. KAU PERBAIKI APA YANG KURANG PADA YANG DAHULU, KAU SAJA YANG MAHA MENGETAHUI ATAS USAHA-USAHAKU. AMIN. "
counting day by day, result akan keluar. usaha untuk sem2 ni akan di ketahui, mungkin lebih baik, mungkin tak. aku berserah. yang penting, aku dah usaha sebaik mungkin. doakan. moga lebih baik. moga dapat perbaiki dari sem lepas. ALLAH akan bagi yang terbaik untuk hambanya yang berusaha, INSYAALLAH, tapi; ingat, 



ILMU ITU BUKANLAH PADA POINTER KITA,
TETAPI ILMU YANG KITA DAPAT ITU YANG PENTING :')
Jangan terkejut andai, ada yang lebih berjaya walaupun tanpa segulung ijazah,
yang penting, ILMU di dada, PENGALAMAN. :)
GoodLuck for the results! 

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak

happy fasting! salam ramadhan! 
1st ramadhan 1434H
ALHAMDULILLAH! 
Allah still give we a chance untuk jumpa Ramadhan lagi. bersyukur sangat-sangat.
tapi Ramadhan kali ni Allah datangkan ujian bagi kami sekeluarga.
takpa. kami masih diberi peluang kan untuk berpuasa ? :')
last night was my 1st tarawih ramadhan kali ni. 
mama jaga adik amy dekat hospital. so aku g surau dengan abah,adik,kakak n ayeh je la.
abah jadi imam terawih n solat isyak semalam.
alhamdulillah. rasa senang bila abah imamkan dekat surau perumahan UUM.
budak-budak paling ramaaaaaaaaai :O *tunggu moreh leteww*
tapi maaf ya adik-adik terawih dekat surau perumahan xda sgt moreh.mihmih
biasa la dulu aku zaman kanak2 macamtu pun tunggu moreh macamtu hihi :D
sahur pagi ni aku yg ambik alih dengan kakak sebab mama takdak.
masak sesimple yg mungkin sebab awal pagi cenggini mana nak lalu sangat kan.
masak daging goreng letak ubi je and kakak buat sambal telur. andddd siap!
sudah dua lauk je. tu pun sedap okay!
harini insyaallah, berbuka puasa dengan mama and adik dekat hospital sebab dah siap masak-masak semua tadi. 
yg paling excitednyaaaa nak pi bazar ramadhan. muehehehehhehehe XD 
okay, just a simple entry. thats all. selamat berpuasa.
maaf andai ada salah & silap.
sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah bulan ni! bye :') 
p/s: nah ni panduan nak khatam al-quran dalam bulan ramadhan ni ya!

Monday, 8 July 2013

pray for her :')

ASSALAMUALAIKUM


can you pray for her? 
because......
SHE's MY LITTLE SISTER!
mungkin dia tak sekuat and tak sesihat kita untuk terus berdoa bagi diri dia, tapi dia ada kami sefamily untuk terus support bagi dia kekuatan.
today, dia masuk hospital lagi. tahap kesihatan dia semakin teruk.
dulu, dia sihat sangat! terlalu sihat. kami senang and happy tengok dia dulu berbanding hari ini. ALLAH takkan uji hamba-NYA yg lemah.
tahun ni, cukup 2 tahun dia menderita lymphoma cancer. 
ya, she in a last stage cancer. 4th stage. 16 cycle kimo dah dibuat. tapi nothing.
ALLAH sekali lagi uji,batuk dia makin teruk. bila dia berjalan, dia cepat penat,semput, padahal ke tandas pun dia semput.
bila dia tidur,aku di sebelah dengar bunyi nafas dia.laju sangat..
dah lama dia solat duduk. berat badan dia dari 50++ kg turun mendadak. now berat dia 40kg. nampak sangat beza dari adik aku yg aku kenal dulu.
dulu kalau isi dia kejap, boleh panggil gemok2, sekarang, tinggal tulang.
MAMA & ABAH tak penah stop carikan penawar untuk dia lepas 16cycle kimoterapi gagal. dah ulang alik ke Ampang, ambil stem cell. tapi keadaan dia sat saja nampak okay.
abah cuba berubat kampung, kesana kemari abah bawak dia, buat air tawar, mengurut, makan ubat-ubat kampung. Mama jugak non-stop belikan dia macam2 jenis minuman penghapus cell cancer. dari segala B17, apricot, durian belanda, belalai gajah.. 
malam-malam, abah tak senang lena. dia pasti terjaga bila dia batuk2 tak henti2. abah bacakan ayat-ayat al-quran tepi telinga dia, abah urut-urutkan dia. abah letak player bg surah-surah tu dialunkan sampai ke pagi, moga dia lena.
Today, she enter hospital again. kali ke berapa memang aku tak ingat, tapi banyak kali. kali ni mama abah tekad bawak jugak p HSB sebab dia dah asyik penat. DR bawak masuk dalam bilik kecemasan, dalam zon kuning. DR cucuk cari urat tangan dia. banyak kali cucuk urat still x jumpa sebab urat dia mengecut. dia nangis sebab sakit. DR ambik darah dia, sebab nak check macamana keadaan dia, buat x-ray dekat paru-paru dia sebab dia selalu batuk. terkejut bila abah tengok full kedua belah paru-paru dia penuh dengan ketumbuhan, yes. kanser dia dah merebak ke seluruh paru2. hanya tinggal 1/10 saja yg ada space. ALLAHU, ujian apa lagi yg ALLAH bagi pada kami? abah keluar dari bilik tu, muka abah nampak buntu. abah mintak aku belikan coffee. and suruh aku masuk pulak tengok adik. aku masuk, then ada sorang DR chinese dtg katil adik aku tanya confirm ke nak buat Transplant? sebab ni ja jalan satusatunya. kimo dah tak boleh buat. kalau setuju, depa nak confirmkan. aku tak boleh bagi keputusan. sebab semua keputusan ada pada mama abah. 
Transplant tu adalah proses pindahkan air tulang sum-sum dari badan org lain masuk ke badan dia, sebab air tulang sum-sum dia dah dijangkiti kanser dah. tak boleh buat apa2. cuma kena cari penderma dulu. firstly, of course antara adik-beradik kami. untuk tengok sepadan ke tak dengan badan dia. 
lepas mama masuk untuk ganti aku dalam bilik tu jaga dia, aku keluar cari abah. aku terus lari duduk sebelah abah and tanya dah confirm ke nak buat last chance tu. abah cakap abah taktau lagi. aku tau, abah tak sanggup. sebab aku banyak baca buat transplant tak semestinya berjaya, kalau badan dia tak boleh accept air tulang sum-sum org lain tu, mungkin dia boleh bawak kepada maut. aku taknak kehilangan dia. adik aku masih muda! she was sixteen. baya-baya dia dulu aku gelak-gelak dengan kawan aku. aku ada ramai kawan! tapi aku tengok dia, takdak pun kawan yg datang lawat.sebab dia jarang ke sekolah, mungkin depa tak tahu keadaan dia.
for now, keputusan ditangan mama and abah. kalau keputusan tu ada risiko baik dan buruk, aku harap doakan family kami untuk terus kuat and tabah hadapi semua ni. ALLAH is the best planner. aku percaya semua ni :) yg paling penting, doakan adik aku kuat. lawan kesakitan yg ALLAH uji ni. 
thats all. thank you :)
salam.



Tuesday, 22 January 2013

tutorial : cendawan goreng rangup!

ASSALAMUALAIKUM! okay. memalam cenggini lapar something macam keropok kan kan? so tonight aku bersama adik aku,aimi masak cendawan goreng rangup! serious rangup gila. so korang boleh lah try bcoz simple gila menda nak buat ni. serious. takyah habis duit makan kat luar. kan?jom :)
BAHAN-BAHAN :
Cendawan Tiram (kulat)
3 biji telur
tepung goreng Bestari

bg yg taktau apa tu cendawan tiram, this is cendawan or kulat :)
and kalau nak sedap, gunakan tepung Bestari ni ya! yg kiri untuk tak pedas, kanan pedas sikit la :D

firstly, basuh dulu ya awak awak cendawan tu then toskan macam ni! bg keluar air2 yg kita basuh tadi :D


okay done! sementara toskan cendawan tadi, pecahkan ketiga tiga biji telur tadi ke dalam mangkuk or bekas :)
then, kacaw telur tadi guna garfu je sebab nak joinkan telur putih and kuning :D macam biasa kita nak masak telur dadar tu,centu lah!
then,masukkan tepung tadi ke dalam bekas.
for me, aku buat dua dua sebab si ayeh nak makan jugak :D hihi.
yg bekas hijau muda yg tak pedas, yg hijau tua tu pedas sikit. takpe tepung dia pun warna tak sama. jgn risau! :)
then,masukkan cendawan dalam telur yg kita dah pecahkan tadi and gaulkan je :)
then, masukkan ke dalam tepung tadi ya!gaul bagi rata, bagi semua semua cendawan tadi kena tepung tu rata yaaaa :D
panaskan minyaaaak! dah nak goreng dah ni ni ni niiii :)
agak minya dah panassss,masukkan cendawan tadi yg dah diperap tadi ke dalam minyak panas ya. ingat tau! tunggu bagi minya betul2 panas tau :)
api jangan kuat tau,buka slow ja,sebab nak biarkan lama dalam kuali. sebab lagi lama lagi rangup. kalau kita buka api kuat, nanti hangit then lembik je la cendawan tu! :) lepas angkat, toskan lagi dengan penapis tadi untuk buang minyak ya. tak elok makan berminyak sangat. and theeeeeeeeeeeen. SIAAAAAAAAAP! :) yeayyyyyyyyyy! dah boleh makan. this is mine :) cendawan goreng rangupp :)
AND this pengacau aku masa kami tengah masak-masak. dia pun nakk main masak2 jugak!
thats all. thank you. selamat mencuba!

Monday, 10 September 2012

eid mubarak :)

assalamualaikum. :)
belum terlambat rasanya nak ucapkan salam aidilfitri maaf zahir & batin to all muslims :) wahahahhaa, memang nak raya sakan. tapi bila pikiaq, lagi raya lagi dekat nak pi dah UMT uwuwuwuwuwu T^T hey gojes n handsome! raya ni is the best moment! sumpah! sebaaaaab raya first di UUM, so kami raya sekeluarga. daaaaaan the most most most bahagia, aku ke rumah zuki :) hewhewhew.



anak-anak dara en jamal & pn fauziah :)

the best moment isssssss, ke rumah zukiii. jumpa mak zuki. rasa touched bila dapat salam dgn mak dia :) ehhhhh. kami mesti laaa snap pic even baju tak sama sebab zuki beli last minit. huh! -.-






after beraya ke rumah zuki, lepas zohor baru pulang ke kampung. nanti sambung lagi. panjang berjela-jela kalau cerita pasai raya. sebab lepas raya pun raya lagi. hahahahaha :D loveeeeeeeeeeee