Pages

Monday, 8 July 2013

pray for her :')

ASSALAMUALAIKUM


can you pray for her? 
because......
SHE's MY LITTLE SISTER!
mungkin dia tak sekuat and tak sesihat kita untuk terus berdoa bagi diri dia, tapi dia ada kami sefamily untuk terus support bagi dia kekuatan.
today, dia masuk hospital lagi. tahap kesihatan dia semakin teruk.
dulu, dia sihat sangat! terlalu sihat. kami senang and happy tengok dia dulu berbanding hari ini. ALLAH takkan uji hamba-NYA yg lemah.
tahun ni, cukup 2 tahun dia menderita lymphoma cancer. 
ya, she in a last stage cancer. 4th stage. 16 cycle kimo dah dibuat. tapi nothing.
ALLAH sekali lagi uji,batuk dia makin teruk. bila dia berjalan, dia cepat penat,semput, padahal ke tandas pun dia semput.
bila dia tidur,aku di sebelah dengar bunyi nafas dia.laju sangat..
dah lama dia solat duduk. berat badan dia dari 50++ kg turun mendadak. now berat dia 40kg. nampak sangat beza dari adik aku yg aku kenal dulu.
dulu kalau isi dia kejap, boleh panggil gemok2, sekarang, tinggal tulang.
MAMA & ABAH tak penah stop carikan penawar untuk dia lepas 16cycle kimoterapi gagal. dah ulang alik ke Ampang, ambil stem cell. tapi keadaan dia sat saja nampak okay.
abah cuba berubat kampung, kesana kemari abah bawak dia, buat air tawar, mengurut, makan ubat-ubat kampung. Mama jugak non-stop belikan dia macam2 jenis minuman penghapus cell cancer. dari segala B17, apricot, durian belanda, belalai gajah.. 
malam-malam, abah tak senang lena. dia pasti terjaga bila dia batuk2 tak henti2. abah bacakan ayat-ayat al-quran tepi telinga dia, abah urut-urutkan dia. abah letak player bg surah-surah tu dialunkan sampai ke pagi, moga dia lena.
Today, she enter hospital again. kali ke berapa memang aku tak ingat, tapi banyak kali. kali ni mama abah tekad bawak jugak p HSB sebab dia dah asyik penat. DR bawak masuk dalam bilik kecemasan, dalam zon kuning. DR cucuk cari urat tangan dia. banyak kali cucuk urat still x jumpa sebab urat dia mengecut. dia nangis sebab sakit. DR ambik darah dia, sebab nak check macamana keadaan dia, buat x-ray dekat paru-paru dia sebab dia selalu batuk. terkejut bila abah tengok full kedua belah paru-paru dia penuh dengan ketumbuhan, yes. kanser dia dah merebak ke seluruh paru2. hanya tinggal 1/10 saja yg ada space. ALLAHU, ujian apa lagi yg ALLAH bagi pada kami? abah keluar dari bilik tu, muka abah nampak buntu. abah mintak aku belikan coffee. and suruh aku masuk pulak tengok adik. aku masuk, then ada sorang DR chinese dtg katil adik aku tanya confirm ke nak buat Transplant? sebab ni ja jalan satusatunya. kimo dah tak boleh buat. kalau setuju, depa nak confirmkan. aku tak boleh bagi keputusan. sebab semua keputusan ada pada mama abah. 
Transplant tu adalah proses pindahkan air tulang sum-sum dari badan org lain masuk ke badan dia, sebab air tulang sum-sum dia dah dijangkiti kanser dah. tak boleh buat apa2. cuma kena cari penderma dulu. firstly, of course antara adik-beradik kami. untuk tengok sepadan ke tak dengan badan dia. 
lepas mama masuk untuk ganti aku dalam bilik tu jaga dia, aku keluar cari abah. aku terus lari duduk sebelah abah and tanya dah confirm ke nak buat last chance tu. abah cakap abah taktau lagi. aku tau, abah tak sanggup. sebab aku banyak baca buat transplant tak semestinya berjaya, kalau badan dia tak boleh accept air tulang sum-sum org lain tu, mungkin dia boleh bawak kepada maut. aku taknak kehilangan dia. adik aku masih muda! she was sixteen. baya-baya dia dulu aku gelak-gelak dengan kawan aku. aku ada ramai kawan! tapi aku tengok dia, takdak pun kawan yg datang lawat.sebab dia jarang ke sekolah, mungkin depa tak tahu keadaan dia.
for now, keputusan ditangan mama and abah. kalau keputusan tu ada risiko baik dan buruk, aku harap doakan family kami untuk terus kuat and tabah hadapi semua ni. ALLAH is the best planner. aku percaya semua ni :) yg paling penting, doakan adik aku kuat. lawan kesakitan yg ALLAH uji ni. 
thats all. thank you :)
salam.



Tuesday, 22 January 2013

tutorial : cendawan goreng rangup!

ASSALAMUALAIKUM! okay. memalam cenggini lapar something macam keropok kan kan? so tonight aku bersama adik aku,aimi masak cendawan goreng rangup! serious rangup gila. so korang boleh lah try bcoz simple gila menda nak buat ni. serious. takyah habis duit makan kat luar. kan?jom :)
BAHAN-BAHAN :
Cendawan Tiram (kulat)
3 biji telur
tepung goreng Bestari

bg yg taktau apa tu cendawan tiram, this is cendawan or kulat :)
and kalau nak sedap, gunakan tepung Bestari ni ya! yg kiri untuk tak pedas, kanan pedas sikit la :D

firstly, basuh dulu ya awak awak cendawan tu then toskan macam ni! bg keluar air2 yg kita basuh tadi :D


okay done! sementara toskan cendawan tadi, pecahkan ketiga tiga biji telur tadi ke dalam mangkuk or bekas :)
then, kacaw telur tadi guna garfu je sebab nak joinkan telur putih and kuning :D macam biasa kita nak masak telur dadar tu,centu lah!
then,masukkan tepung tadi ke dalam bekas.
for me, aku buat dua dua sebab si ayeh nak makan jugak :D hihi.
yg bekas hijau muda yg tak pedas, yg hijau tua tu pedas sikit. takpe tepung dia pun warna tak sama. jgn risau! :)
then,masukkan cendawan dalam telur yg kita dah pecahkan tadi and gaulkan je :)
then, masukkan ke dalam tepung tadi ya!gaul bagi rata, bagi semua semua cendawan tadi kena tepung tu rata yaaaa :D
panaskan minyaaaak! dah nak goreng dah ni ni ni niiii :)
agak minya dah panassss,masukkan cendawan tadi yg dah diperap tadi ke dalam minyak panas ya. ingat tau! tunggu bagi minya betul2 panas tau :)
api jangan kuat tau,buka slow ja,sebab nak biarkan lama dalam kuali. sebab lagi lama lagi rangup. kalau kita buka api kuat, nanti hangit then lembik je la cendawan tu! :) lepas angkat, toskan lagi dengan penapis tadi untuk buang minyak ya. tak elok makan berminyak sangat. and theeeeeeeeeeeen. SIAAAAAAAAAP! :) yeayyyyyyyyyy! dah boleh makan. this is mine :) cendawan goreng rangupp :)
AND this pengacau aku masa kami tengah masak-masak. dia pun nakk main masak2 jugak!
thats all. thank you. selamat mencuba!

Monday, 10 September 2012

eid mubarak :)

assalamualaikum. :)
belum terlambat rasanya nak ucapkan salam aidilfitri maaf zahir & batin to all muslims :) wahahahhaa, memang nak raya sakan. tapi bila pikiaq, lagi raya lagi dekat nak pi dah UMT uwuwuwuwuwu T^T hey gojes n handsome! raya ni is the best moment! sumpah! sebaaaaab raya first di UUM, so kami raya sekeluarga. daaaaaan the most most most bahagia, aku ke rumah zuki :) hewhewhew.



anak-anak dara en jamal & pn fauziah :)

the best moment isssssss, ke rumah zukiii. jumpa mak zuki. rasa touched bila dapat salam dgn mak dia :) ehhhhh. kami mesti laaa snap pic even baju tak sama sebab zuki beli last minit. huh! -.-






after beraya ke rumah zuki, lepas zohor baru pulang ke kampung. nanti sambung lagi. panjang berjela-jela kalau cerita pasai raya. sebab lepas raya pun raya lagi. hahahahaha :D loveeeeeeeeeeee

Saturday, 28 July 2012

VCO catalyst :)

hello. disebabkan keboringan melampau, so aku nak share about VCO iaitu virgin coconut oil @ minyak kelapa dara keluaran CATALYST. FYI, aku mula makan benda ni last year. masa aku jumpa my mr.kios. dia yg syorkan aku makan and sapu dekat muka sebab before kulit muka aku memang teruk sebab resdung. jerawat and berminyak toksah habaq lah. teruk sesangaaat :O so mula-mula tu disebabkan nak rawat muka, zuki syorkan aku sapu je kat muka malam-malam before tido. firstly, memang aku try makan tapi macam tak teratur sebab aku lebih suka sapu dekat muka buat mask before tido dekat kolej malam-malam. hehe. habis sebotol zuki bagi lagi sebotol pun aku buat macam tu. akan tetapi botol kedua aku try la nak makan secara teratur sebab aku ada baca testimoni yg banyak cakap berat badan boleh turun and boleh melawaskan. aku ni kan lemah sikit bab lawas-lawas ni. memang kenalah dgn aku. so aku pon try. and then, lepas beberapa hari makan,aku jadi lawas tak macam before yg agak teruk sampai buncit perut sebab aku tak lawas :3 and paling syoq, bila makan VCO, automatik selera makan berkurang. memang jadi kenyang bila aku ambik pagi2 sebelum pi kelas pukul 8 sebab memang takdan sarapan, so nak bekal tenaga aku makan 2 biji sekaligus :) banyak jugak la tegoq aku nampak kurus sikit. berat aku before dalam 52kg macam tu la. lepas makan VCO tuh, aku timbang masa kat kolej dalam 48kg. hewhew. turun 4 kg :)magic. parut jerawat pun dah hilang.muka nampak berseri jugaklah dari dulu-dulu haha. tapi jerawat cepat surut kalau sapu VCO dekat muka. seriously :)
and now, aku dah share kebaikan VCO ni dekat family aku dulu iaitu mama and kakak aku :) so kami 3 orang memang makan teratur and diorang pon turut dpat hasilnyaa :) alhamdulillah! aku pon memang ambik VCO + COLLAGEN catalyst jugak untuk kecantikan dalaman wanita :)
insyaallah, i think produk ni seriously bagus. buat apa aku nak share benda yang tipu pulak kan? :)harga dia taklah mahal. murah dari yang lain.


ni lah VCO tu dalam bentuk softgel.senang nak makan:)
RM39.90 (semenanjung)& RM43.90 (sabah&sarawak)

yg ni pulak VCO jugak tapi dalam bentuk liquid. harga dia pun sama dengan yang softgel.
RM39.90 (semenanjung)& RM43.90 (sabah&sarawak)

okay ni lah COLLAGEN tu. sedap! rasa berry-berry lagi tau :* murah ja.
RM59.90 (semenanjung)& RM65.90 (sabah&sarawak)

for VCO softgel, boleh diambil 2 kali sehari. samada 2biji sekaligus pada waktu pagi or sebiji pagi dan sebiji malam :) diambil bersama air suam. insyaallah berhasil.
then for collagen, makan pada waktu malam selepas makan malam atau sebelum tidur. diambil bersama air suam or jus buah lebih baik :)
so you all boleh lah try untuk cantik and sihat! serious bagus gila VCO ni.
FYI, una pon dah daftar jadi agen bawah catalyst ni sebab selalu ambik banyak for diri sendiri,kakak and mama lagi:) so kalau nak cuba boleh la ask me at my email. ( nabilahusna_nhmj@yahoo.com) or follow my twitter :* https://twitter.com/mrs_kios or my fb https://www.facebook.com/nhmjmzms :)
thanks to my beloved sayangs, mohd zuki yg perkenalkan VCO ni for me. alhamdulillah. now lebih bertenaga sikit. hikhik :*

wao wao wao :O :O :O ni stock una sendiri kay :D hihi. untuk diri sendiri punyeeee. :D

hehehe. btw nak share sikit. so boleh beza tak before una amalkan VCO and after :*

BEFORE


sedih kan kan tengok muka before ni. jerawat banyak sampai rimas. nak dating pon malu dekat mrkios :(

AFTER
and this my latest picture. masa dating dgn honeystarr kite haritu haha. no edit-edit k. swear! haaa :) see nampak perubahan kan kan :) alhamdulillah. :* so jom! boleh order if u interested
to this product.lepas dah cuba baru una perkenalkan. sebab bila diri sendiri tak cuba macamana nak tell the world kesahihan mujarabnya VCO ni kan! okay! thats all. thank you <3

Wednesday, 25 July 2012

holla university !

assalamualaikum. tak terlambat lagi kot for me wish SALAM RAMDHAN AL-MUBARAK 1433H :) lambat sikit nak mengupdate blog ni :) hope semua puasa ya! entry today is about aku yang bakal melangkah ke universiti tidak lama lagi.

Alhamdulillah, pada 13 july yg lepas, pihak UPU dah pun mengumumkan keputusan kemasukan ijazah sarjana muda sesi 2012/2013. dan syukur YA ALLAH, aku ditawarkan menggikuti pengajian ke UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU kos SARJANA MUDA PERAKAUNAN selama 4 tahun. oh normallah kan, 4 tahun degree for accunting course :)bersyukur sebab dapat course yang memang dihajati sesangat! ACCOUNTING <3

see. ni buat aku semangat nak pi UMT :) Cantik kan kan kan! :)

okay firstly, tipu lah kalau aku tak nangis. uwuwuwuwuuuuu T^T aku dapat jauhhh :( sedih kot. TERENGGANU. sebab ni first time aku akan berjauhan dengan mama abah and family semuaaa. yang paling jauh aku pernah merantau pon dekat sekolah menengah ja, masa aku sekolah menengah teknik highway alor setar(ASTECH) dulu :)tapi alor setar still dalam kedah kan. masa aku matrik pon dapat dekat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH jugak dekat dgn changlun. haha. tiap minggu aku balik. now bukan jauh ja luaq dari kedah nu haaa. dekat terengganu berbatu-batu jauh dari kedah. masya-allah. dugaan apa lagi allah nak bagi. menangis sampai malam.

bila mama abah dapat tau, depa pon pujuk aku, cakap takpa la belajaq berdikari.walaupun jauh, abah mama cakap nanti akan pi la bila-bila cuti. terharu. sebab sanggup nak pi nanti. then ada satu tu mama tanya," zuki cakap apa kakuna dapat jauh-jauh dekat terengganu tu?dia okay ka?".
FYI, zukilah org first taw aku dapat UMT, sebab masa aku check tu takdak sapa dekat rumah. semua keluaq p mana tah. aku check-check tu lepastu dapat result dapat dekat UMT macam kena sakit jantung, terketaq-ketaq pegang phone nak call. besalah bila ketaq, tangan jadi berpeluh-peluh. aku pulak guna touch screen phone, haha macam susah nak detect ja tangan dekat phone nak tolak cari number zuki nak call dia. then bila dia angkat, aku terus jerit nama dia, menangisnangis cakap dah tau dapat mana. aku macam blur. aku cakap aku dapat jaaauh.jauhh sangat bagi aku. zuki push-push lastly aku bagitaw aku dapat UMT. Ayat first keluaq dari zuki, "weh best tuh! ada laut!boleh jalan-jalan.saya pon teringin duduk sana. jadi mek ganu lah awak lepsni" -,- ekeleeeh, boleh cakap macamtu. aku dok qeyau-qeyau guling-guling sedih dapat jauh, dia kira nak bejalan and makan. haha. zuki zuki. tumbok baru taw. and soal yang mama tanya zuki okay dak aku dapat jauh tu, aku cakap la kat mama "dia okay ja. dia plak yg syoq kakuna dapat jauh sbb dia boleh pi jejalan sana.cisss -,-"haha.

mengikut surat tu, aku kena daftar 2hb september,ahad ni :)pukul 8.30 a.m . so maybe kami akan bertolak hari sabtu tulah :) ambik chalet ka homestay kaa. and yang paling best, kawan baik aku masa kecik, kaklong pun dapat sana :) act kaklong tu merangkap dua pupu aku belah mama aku :) so kira adik beradik la! hewhewhew. ada jugak kawan. dan taklupa ada sepupu zuki kak tiqah :) so kak tiqah la yang banyak bagi info tentang UMT ni dekat aku. thanks a lot kak tiqah <3 hope UMT the best lah :) boleh bawak balik kopok lekor nanti bila balik cuti sem. hewhew :* insyaallah :) say YEAH for DEGREE nanti. tak sabaq nak perah otak for degree nanti :) hope boleh score. insyaallah, 4 tahun lagi aku akan bawa balik IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN dekat mama dan abah! :)